CERPEN
5 EKONOMI ASAS 1
Ringg!!!
Seperti
biasa loceng kedengaran menandakan bahawa sudah masuk sekolah.Seperti
hari – hari yang lain, Cikgu Nazihan akan memberikan buku kehadiran
kepada setiap kelas. Rosalina and the geng sedang duduk berkumpul
sambil bercerita sesuatu.Cikgu Nazihan dengan segera tampil diatas
pentas lalu memberi arahan kepada setiap ketua atau penolong ketua
tingkatan.
“Assalammualaiku!
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Penguhuman kepada semua
ketua dan penolong ketua tingkatan.Sila pulangkan semula buku
kehadiran kepada saya.”Kata cikgu Nazihan kepada semua murid
dihadapan beliau.Kelihatan semua murid dihadapannya tiada seorang pun
yang mengambil peduli mengenai pengumuman beliau. Setibanya En Chuah
tampil kehadapan lalu memegang microfon maka mulalah berlagu ucapan
beliau dikhalayak murid – murid di SMK PUTERI WANGSA tersebut.
Setelah selesai menyanyikan lagu kebangsaan iaitu negaraku, sudah
masanya untuk kesemua murid masuk kekelas masing – masing. Zulina
seperti biasa akan pecut kehadapan. Bukan seperti biasa tetapi dimana
dan tidak kira masa sahaja dia akan pecut.
“Ain!cepatlah!!.”
Kata safurah kepada ain yang berada jauh 2 meter di belakang. “Ain
ni lambatlah!!.” Kata Zulina yang berada jauh diatas tangga.
Maklumlah mereka bertiga ni kawan rapat. “Ain!awak ini
tidak boleh cepat ke hah?!.” “Safurah, kite penatlah awak
jalanlah dulu!.” “Nanti kite tinggalkan awak, awak merajuk
pulak. Menyampah aku!.” Kata Safurah kepada Ain. Hahaha..Ain ini
ada sahaja. Entah apalah barang yang dibawa olehnya itu. Seperti
biasa, orang yang pertama akan sampai kekelas dahulu adalah Zulina.
Yang jalan laju dia, yang cepat sampai kekelas pun dia. Kalau sekolah
ada menganjurkan pertandingan jalan pantas, pastilah dia juaranya.
Rosalina adalah orang kedua yang sampai dihadapan kelas lalu membuka
kunci kelas dan sesudah itu diiringi oleh Safurah dan Ain.Zulina
memandang kearah Ain dan Safurah lalu bersorak
keriangan. “ Yay!!aku sampai kekelas dahulu!. I am champion!.”
Dia bersorak keriangan dihadapan Safurah dan Ain. “Untunglah
dia.” Jawab Ain dengan nada suara yang dalam keadaan keletihan
kerana baru sahaja selesai dia mendaki gunung blok c yang tingginya 3
kaki. “Untunglah kau Zulina.”Jawab Safurah dalam keadaan
selamba.Safurah kelihatan lebih cool jikalau nak dibandingkan dengan
Ain yang lembik itu. “Ada sesiapa mengata pasal aku ke?.”
Ha..ha. Cik Ain, itu kan sudah menjadi kenyataan bahawa kau tu
lembik?!.Safurah memusingkan kerusinya menghadap muka Ain dan itu
tandanya dia dah nak mulakan kisah hidupnya.‘Asal dia pusingkan
kerusinya itu, dah agak dah.Pasti ceritanya akan berkumandang’
tekaan Ain didalam hatinya, namun jauh disudut hati dia tidak pernah
jemu mendengarkan cerita rakan karibnya itu malah dia lagi suka
melihat teman baiknya asyik berceloteh didalam kelas.Datang pula
Zulina dengan membawa kisahnya itu.
“Wei
korang!!.” Dengan segera berganjak membawa kerusinya lalu duduk
disebelah Safurah. “Tengok, dah nak mulalah ni! Dah nak
mula da..” Kata Safurah dengan nada mengusik. “Apa
kau!mana ada!.” Zulina melenting apabila diusik oleh sahabat
karibnya itu.Mereka sudah berkenalan agak lama berbanding dengan Ain.
Dengan semangatnya yang kian berkobar - kobar apabila bercerita
mengenai masa depan, dia terfikir hendak mengembangkan butiknya pada
masa akan datang. “Wei! Aku kan, dah besar nanti aku mahu
buka butik sendiri!.” “Wei! Idea bagus tu!, Ain! apa kata kita
join sama buka butik?.” Safurah mengajak Ain untuk membuka butik
bersama sama dengannya tetapi Cik Safurah, bagus awak mengajak dia
ini mengusahakan butik bersama dengan awak akan tetapi dia ini
mempunyai banyak cita – cita. Penulis skriplah, pelukislah, pereka
fesyenlah. Sedangkan itupun dia tak tau nak pilih inikan pula membuka
butik. Setelah menuggu jawapan Ain yang dari tadi asyik diam,
akhirnya ain layankan sahaja permintaannya. Tetapi itu tidak
berkmakna bahawa dia betul – betul akan tunaikan. Ya! kita tidak
tahu bahawasanya apa yang akan terjadi pada kita pada masa akan
datang. Akan tetapi kata orang, cita – cita perlu di set up kan
dahulu bagi menentukan nasib kita pada masa yang datang.
“Hello
sayang!.” Botak atau nama sebenarnya ialah Muhammad Khairul Annuar
baru masuk ke kelas diiringi oleh tiga sahabatnya iaitu Fatihi, Abbas
dan Hafiz.. Ha..ha. Annuar memang begini orangnya.Boleh dikatakan dia
ini orang paling hot dekat sekolah.Boleh dikatakan jarang nampak dia
marah.Boleh juga dikategorikan sebagai orang paling cool dan
cheer. “Wei guys! dengar! dengar! sebentar lagi guru
kelas kita akan masuk. Kenapa, itu aku tak tahu.Sekian terima
kasih.Korang boleh sambung berbual semula.”Annuar duduk semula
ditempatnya. “Hah?! Bukan ke sepatutnya Cikgu Zaiton
yang kena masuk?.” Ujar Ain kepada Annuar .Annuar hanya
menggelengkan sahaja kepala tanda tidak tahu. “Botak! Apsal
cikgu Zaiton tak masuk hari ini?.” Sampuk Safurah kepada
Annuar. “Kan aku sudah cakap tak tahu. Bahagian mana yang kau tak
faham Safurah?.” Jawab Annuar sambil tersenyum manis. Maklumlah
budak – budak kelas 5ea1 ada sahaja bahasa yang tak faham dan perlu
diulang semula. Sementara menunggu kedatangan guru kelas
kesayangan mereka iaitu Cikgu Azrini, masing – masing duduk didalam
kelompok mereka.Ada sahaja perbincangan antara meraka.Inilah dia
budak kelas 5 ekonomi asas 1.Kelas yang paling hot mengenai sifat
pemalasnya.Mereka tidak dungu tetapi malasnya sahaja ditunjukkan.
“Wei
Fat!, semalam Malaysia, bukan main mantap seh!!. Menang
wo!!.” “Semalam Malaysia lawan dengan siapa ya? I say man!
Sayang tak dapat tengok semalam!.” Kata - katanya disahut oleh
Abbas. “Yalah!Semalam Malaysia lawan Indonesiakan? 1-0. Apsal
kau tak tengok semalam?.” “Aku ada kerja semalam. Dia
itulah puncanya!.” Mulutnya menjuih kearah orang yang berdiri
disebelah kerusi Khairul. Siapa lagi kalau tak bukan si Hafiznizzal
tu. Mahu rasanya Fatihi hendak menumbuk – numbuk si hamba allah
yang sorang itu. Tetapi oleh kerana dia memiliki sifat sabar yang
tinggi, biarkan sajalah! Dari jauh Abbas memanggil - manggil orang
yang bernama Hafiznizzal tetapi hamba allah tersebut langsung tidak
dengar namanya dipanggil berkali – kali. “Hafiz!Apa seh!
Aku panggil dia ni!woi!. Eh! Ain! Panggilkan Hafiz!.” Ain mula naik
berang.Darahnya diserbu naik turun naik turun.Mau taknya diganggu
sewaktu dia hendak memulakan rangka kisah pendeknya. “Wei
kerani !kau tak dengar ke hah?. Abbas panggil kau lah!.” “Yang
kau ni nak jerit – jerit apa hal?!.” “Eh khairul! Kau
diam!.” Matanya merenung Hafiz dengan tajam sekali. ‘habis
terbantut kisah pendek aku’. Hati kecilnya berbisik
sedemikian.Rafidah dan Maizurah terperanjat manakala Faiqah dan
Naylee mula menyindir Ain. Mereka berkata bahawa Ain terlalu garang
seperti singa padahal ain bukannya garang sangat!.
“Ain,
kite rasa tak sabarnya nak dapat..” kata – katanya dipotong oleh
ain. “Dapat gaji. Betul tak?.” Safurah berkerut - kerut
seketika.Dia tidak tahu bagaimana Ain boleh mengagak perkara yang
hendak dikatakan olehnya. “Ain ni, tahu – tahu saja apa yang
kite hendak katakan.” “Of course lah!. Kata BF. Mestilah
tahu!.” “Tapi aku tak boleh belah Cikgu Zaini suruh buat
sajak koperasi untuk dia! Hahaha…apalah Cikgu Zaini
ni.” Syahir berlari lintang pukang masuk kelas.Mukanya
kelihatan sedikit penat akibat pecutan enjin tenaganya yang
melampau.Dia sengaja membuat pecutan daripada tingkat bawah sampai
dihadapan kelas kerana ternampak kelibat Cikgu Jamaliah sedang
memarahi budak – budak tingkatan bawahan.Zaharah datang
menghampirinya.
“Wei
Syahir apa hal dengan kau ni?!.” “A..aku ternampak mak
angkat Ain dekat bawah tadi.” Tercungap – cungap dia memberitahu
perkara yang dinampak olehnya itu tadi. “Dia tengah buat
apa?.” “Apa lagi?.Uhuhuk..dia mengamuklah dengan budak –
budak bawahan semua!.” Syahir berjalan perlahan menghampiri tempat
duduknya.Dia mengesat peluh yang mengalir dipipinya.’mak tiri aku?’
itulah perkara yang sedang bermain di otak Ain.Dia berhenti menulis
seketika lalu memusingkan separuh badannya menghadap Syahir. Dia juga
berfikir wah alangkah bestnya jikalau aku letakkan kerusi plastik ini
diatas kepala otak syahir!..
“Hei!
Bila masa dia jadi mak tiri aku?. Cakap jangan sebarang cakap
tahu?!.” “Eh Syahir! Betul ke kau nampak mak tiri Ain tadi?.”
Afifi dan Syahir ini memang satu kepala.Apa yang didengarinya
mengenai Ain semuanya betul.Kalau nak diikutkan hati mahu sahaja Ain
menumbuk muka mereka berdua sampai lebam – lebam. Tapi tidak boleh
juga kerana nanti buku rekod disiplin akan tercatat nama dan
kesalahan. Baik – baik rekod Ain kosong tiba – tiba tercatat nama
pula.
‘Apalah
dengan nasib aku hari sudahlah asyik kena perli dari tadi.Yang hamba
allah sorang ini pula duduk menyempit dekat belakang aku’ biasalah
kelas kecil. Manalah boleh diluaskan lagi?. Sebelah kelas pula ada
kelas orang lain. Kalau nak dibesarkan lagi boleh tapi dimana kelas
5ss 3 mahu belajar nanti?.
“Wei
Ain! Relax!Jangan marah – marah nanti cepat tua.” “Janganlah
marah – marah ain.” “Buat bodoh jer apa yang diorang
cakap.”Azimah sentiasa hadir didalam kelas begitu juga dengan
Rosalina dan Arina.Bercakap mengenai Arina, siapa sahaja yang tahu.
Dia memang sangat terkenal dengan gelagatnya kerana bila dia berbual
dengan rakan rakannya, fuyyoh!! Suara, boleh pecah panggung!. Tetapi
bila Cikgu panggil suruh baca teks dihadapan alamatnya, kena pasang
mikrofon dahulu baru boleh dengar suara dia. Namun apa nak dbuat, dia
memiliki sifat pemalu yang amat.
Setelah
setengah jam menunggu, akhirnya Cikgu Azrini tiba dihadapan kelas.
Waktu itu barulah semua murid lintang – pukang untuk mencari tempat
duduk masing – masing. Syahir selaku ketua kelas 5 EA 1 mengarah
semua murid bangun lalu memberikan ucapan salam. Setelah selesai
memberikan ucapan salam, mereka semua duduk di kerusi masing –
masing. Cikgu Azrini dengan wajah yang muram mengeluarkan kertas
ujian yang telah siap ditanda olehnya. Dia mengetap bibir sebentar
lantas merenung wajah disetiap anak muridnya.Ketika itu suasana
dikelas menjadi suram.
Jantung
didada berdegup dengan kencang disaat markah kertas sains berada
didalam tangan Cikgu Azrini.Apa yang boleh dibuat Cuma berdoa sahaja
supaya tidak mendapat markah yang tercorot.
“Saya
nak tanya kepada kamu ni. Apa yang kamu buat dirumah sebelum
peperiksaan pertengahan tahun menjelang?.” Cikgu Azrini mula
mengemukakan soalan pertamanya kepada anak muridnya tetapi soalan
pertama tersebut mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Maklumlah tak
tahu apa yang nak dijawabkan.
“Soalan
senang macam ini, awak tak boleh jawab?!.Ini belum lagi saya tengok
markah subjek awak yang lain – lain.” “Cikgu, boleh kami
tahu markah sains kami.?” “Hah!.Itu dimasa perjumpaan
ibubapa baru awak tahu markah subjek sains awak. Sekarang ini saya
nak tahu cuti sekolah 2 hari! Jumaat dan sabtu awak semua buat
apa?.” “Baca buku cikgu.” “Kerja sekolah yang saya
berikan hari itu sudah siap tak? Ada yang sudah dilengkapkan atau
tidak?.” Mereka berpandangan antara satu sama lain kemudian mereka
menganggukkan kepala tanda siap. “Sudah siap dan sudah
dilengkapkan cikgu.” Segala persoalan yang diajukan oleh cikgu
Arini asyik dijawab sahaja oleh murid – murid kelas 5 ekonomi asas
1. ‘Sejujurnya mereka tidak bengap atau bodoh tetapi mereka
terkenal dengan sifat pemalasnya.’ Itulah yang dikatakan oleh semua
guru dipejabat.
“Baiklah!Cikgu
nak Tanya cita – cita kamu semua.Bermula dengan Ponselvi. Apakah
cita - cita kamu?.” “Kastam polis, Cikgu.”
“Kamu pula Uva?.” “Begitu juga dengan saya
Cikgu.” “Tashini?.” “Paramugari.” “Kalaiyarsi?.” “Lawyer,
Cikgu.” “Juliana?.” “Saya hendak menjadi
pengarah filem cikgu!.” Dengan bangganya Juliana bangun dan
bersuara mengenai cita –
citanya. “Alifah?.” “Seorang
guru.” “Bagus!. Kamu pula Maizurah?.” “Saya
juga hendak menjadi guru.” “Awak
Naylee?.” “Pilihan saya juga sama seperti Maizurah,
cikgu.” “Safurah.” “Saya mahu menjadi Polis
Diraja Malaysia! dan saya juga ingin menunaikan impian ayah saya,
Cikgu.” Safurah menghadiahkan senyuman yang manis kepada cikgu
Azrini manakala yang lain – lain naik meluat! melihatkan cara
safurah itu. “Bagus Safurah! Teruskan!.” Cikgu Azrini memberi
galakan kepadanya manakala dia menjeling mata kepada
ain. “Tengok!Cikgu puji aku. Kau ada?.” Ain hanya
melepaskan tawa sahaja.
Cikgu
Azrini berjalan dari setiap meja kesetiap meja bagi mengetahui cita –
cita yang telah mereka tetapkan untuk masa hadapan mereka.
“Saya
mahu menjadi seorang paramugari cikgu.” “Awak Maisarah!.
Cita – cita punyalah tinggi menggunung tetapi kehadiran awak?.Awak
tu kena berusaha untuk penuhkan rekod kehadiran awak.”Cikgu Azrini
berlalu dari situ meninggalkan Maisarah yang hanya tersenyum sahaja
mendengarkan bebelan daripadanya. “Siti Aida,
awak?.” “Guru.” “Cita – cita saya banyak
cikgu. Saya nak jadi pelukis tapi saya nak jadi penulis skrip tapi
saya…saya nak jadi business woman tapi…” Seperti yang dikatakan
pada sebelum ini, Ain banyak pilihan cita – cintanya tetapi yang
menjadi satu hal adalah dia tidak pandai memilih cita – cita.
“Sudah!
Cukup!.Asalkan awak sudah menyediakan hala tuju awak.Bagus Ain.
Cumalah jikalau awak rasa cita-cita tersebut memang kena pada awak,
teruskan!.”Nasihat Cikgu Azrini kepada Ain.
Naylee
memandang kearah Ain lalu bertanya kepada ain mengenai cita –
cintanya tetapi belum sempat ain menjawab pertanyaan Naylee kerana
sudah ada yang memberikan komen.
“Ain!
Betul ke kau nak jadi pelukis animasi?.” “Betullah
tu.”Sambil jawab, Ain memegang sehelai kertas dan sebatang pensel
untuk melukis. “Cikgu!Saya, Rosalina dengan Arina hendak
menjadi TLDM.” Lalu disokong oleh 2 orang temannya iaitu Rosalina
dan Arina.. “Saya dengan Abbas pula hendak menjadi pegawai
polis seperti Safurah, Cikgu.” “Betul Abbas?.” Cikgu Azrini
ingin mendapatkan kepastian daripada Abbas. Abbas menjawab dengan
jujur sekali. “Benar Cikgu.” Belum sempat tangan Cikgu
Azrini dialihkan kearah Annuar, hamba allah itu sudah berdiri dengan
megahnya sambil memegang kain berwarna biru lambang anak harimau lalu
diikatnya di dahi. “Cikgu! Cita – cita saya adalah..saya
hendak menjadi pemain bola sepak yang terkenal di persada
dunia!.” “Baiklah..baiklah Annuar saya tahu.”
Annuar
dengan rasa hampanya kembali duduk semula di kerusinya. Apa dia ingat
Cikgu Azrini akan terpikat dengan dia?. Dia membuka ikatan kain yang
diikatnya di dahi lalu menyimpan semula kain tersebut kedalam beg.
“Saya
pula businessman, Cikgu.” “Kamu mahu jadi businessman
Fatihi?.” Fatihi hanya mengangguk sambil tersenyum. “Kamu
Khairul?.” “Tentera Udara, Cikgu!.” “Saya
pula tak tahu nak jadi apa.” “Kamu ni Muhaimin, kamu
sebenanya boleh!.Tetapi kamu sengaja tak nak bolehkan.Kamu fikir –
fikirlah apa yang Cikgu maksudkan.”Cikgu Azrini beralih pula
ketempat Afifi, Syahir dan Syazwan.Apabila ditanya, mereka bertiga
hendak menjadi angkasawan yang berjaya menjejakkan kaki kebulan
seperti Dato’ Syeikh Muzaffar.Cikgu Azrini hanya tersenyum melihat
telatah mereka bertiga.
“Cikgu,
saya hendak menjadi Chef.” “Bagus Fatimah. Awak ada bakat
untuk menjadi seorang chef yang professional.” Pujian cikgu Azrini
telah membuatkan Fatimah berasa malu kerana disakat oleh hamba allah
yang duduk jauh dibelakang. “Wah! Hebat seh Fatimah!.”
Annuar bangun lalu memberikan tepukan gemuruh kepada Fatimah.Apa yang
ditepuk olehnya pun tak tahulah. “Saya hendak menjadi model.”
Naylee, Safurah serta sahabatnya yang lain memberikan sokongan yang
padu terhadap cita – cita yang dipilih olehnya. “Rafidah
pula?.” “kerja kastam, Cikgu.” “Syamil
dengan Edzafifirul pula?.” “Saya nak jadi pemain besbol,
Cikgu.” “Begitu juga dengan saya.”Kata Edzafirul kepada
Cikgu Azrini. “Ada sesiapa yang saya belum
panggil?.” “Tinggal Zulina, Fatin dengan Zaharah,
Cikgu.” “Oh ya!Saya terlupa. Zaharah,
kamu?.” “Guru.” “Saya juga,
Cikgu.” “Saya pula cikgu, hendak menjadi seorang pereka
fesyen yang ternama dipersada antarabangsa!.” Zulina memandang
kearah Ain dan Safurah lalu dia ketawa seorang diri.Agaknya dia amat
berbangga dengan cita – cintanya itu.
Setelah
selesai bertanyakan cita – cita disetiap sorang, akhirnya Cikgu
Azrini kembali semula berdiri dihadapan lalu memandang wajah anak
muridnya disetiap sudut.
“Cita
– cita yang kamu semua inginkan, semuanya tinggi mengunung.Tetapi,
kalaulah Cuma markah ini sahaja yang awak boleh target dalam sains
dan subjek yang wajib lulus seperti BM dan SJ awak GAGAL,
lupakanlah impian awak untuk sambung belajar ke UITM.”Cikgu Azrini
mengambil satu contoh kertas ujian sains yang telah siap dinilai
markah olehnya lalu dipaparkan kepada semua anak muridnya. Kertas
tersebut diambil daripada kelas lain untuk dijadikan sebagai contoh
markah paling teruk yang pernah ditanda olehnya. “Kalaulah markah
awak Cuma C,D,E sahaja, memang tipis untuk kemana – mana
Universiti. Sebab itulah saya mahu awak semua belajar dengan
bersungguh – sungguh demi memperoleh keputusan yang cemerlang!.”
Cikgu Azrini memberi nasihat yang cukup bermakna kepada murid –
murid dikelas 5 EA 1. Memang benar!. Sekiranya kita belajar
bersungguh – sungguh, pasti membawa kejayaan dan yang paling
penting, ingat tuhan dan ingat ibubapa.
Walaubagaimanapun,
mereka semua tidak pernah jemu dengan nasihat yang diberikan kepada
Cikgu Azrini malah, mereka menjadi lebih bersemangat selepas
mendengar kata – kata semangat daripada Ibu mereka. Seperti yang
dinyatakan bahawa mereka semua tidaklah dungu tetapi terkenal dengan
sifat pemalasnya. Loceng rehat telah berkumandang menandakan waktu
rehat. Manakala 5 EA 1 baru sahaja selesai mendengar kuliah free
daripada guru yang sudah diangggap sebagai ibu mereka. Ada diantara
mereka yang pergi keperpustakaan untuk bertugas dan ada juga diantara
mereka tidak pergi rehat sebaliknya berjalan – jalan disekitar
dalam sekolah.
Perut
berbunyi bagaikan memaksa si tuan empunya badan mengisi makanan dan
minuman kedalamnya. Ain bersama - sama dengan Safurah , Juliana dan
Zulina duduk semeja dikantin lalu menikmati makanan mereka begitu
juga dengan murid – murid yang lain. Suasana disekolah sungguh
ceria setelah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan
4 dan5 manakala tingkatan 3 pula baru sahaja selesai menjalani ujian
PT3
Akan
tetapi perjalanan mereka tidak berakhir sampai disini. Malah, mereka
akan menghadapi peperiksaan sebenar iaitu SPM yang akan menjelang
tidak lama lagi. Oleh itu, selamat maju jaya saya ucapkan kepada
kesemua pelajar tingkatan 5!.