Ahad, 14 Februari 2016

Bakul kraftangan

                                                                                                                   Assalamualaikum, kraf tangan sememangnya mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Antaranya, bakul hiasan ini.
            Saya Siti Nurain Binti Aman. Di sini  saya ingin mempromosikan hasil karya saya kepada anda semua. kami menyediakan pelbagai rekaan khas dan menepati ciri - ciri warna yang anda sukai.

                           

               Kami sedia menerima tempahan. Jika ada sebarang pertanyaan atau sebarang kemusykilan, anda boleh hubungi kami melalui talian yang tertera dibawah....



    Di talian:
           1. 0177318977
                                                                            2. 0187633236

                                                                                               Ataupun anda boleh email saya melalui akaun Gmail:
                                                                                                              Sitinurainaman97@gmail.com.


       
























DRAMA PENDEK…

            KISAH KAMI DI…..
                        KILANG KAIFA…

                        PENTAS DIBUKA.  MASUK SEORANG LELAKI COMEL DAN SANGAT SMART DENGAN BERPAKAIAN SMOKE BERWARNA BIRU DIIRINGI DENGAN LAMPU SOROT PENTAS. DIA BERDIRI DITENGAH – TENGAH PENTAS DAN MULA MENGELUARKAN I PAD DARI DALAM POKET SELUARNYA…

            WAN AHMAD FIRDAUS:(MERABA – RABA POKET) ADUHAI!!! MANALAH I PAD AKU NI. DIORANG SEMUA NI MENYUSAHKAN BETULLAH… MULA – MULA KATA NAK GUNA KAD PASTU TUKAR PULAK. I PAD KESAYANGAN AKU PULAK YANG JADI MANGSA.(MELIHAT PARA PENONTON DAN MULA TERSENGEH) EH!.HEHEHE..TAK PERASAN PULAK AKU YANG KORANG SEMUA DAH ADA KAT DEPAN AKU….(BERDEHAM)AHUM!..ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KORANG SEMUA..SEBELUM AKU MEMULAKAN KISAH YANG PERTAMA, AKU INGIN PERKENALKAN DIRI AKU DAN BARISAN – BARISAN KRU YANG TERLIBAT. NAMA AKU WAN AHMAD FIRDAUS YANG AKAN MENGENDALIKAN JALAN CERITA INI DAN AKU JUGA TERLIBAT DALAM LAKONAN PENTAS NI SEBAGAI SEORANG TEKNISYEN…(TUNDUK HORMAT LALU BERJALAN KELUAR MELALUI KIRI PENTAS. LAMPU PENTAS DIGELAPKAN MENANDAKAN KISAH PERMULAAN AKAN BERMULA SEBENTAR LAGI)


                                                            BABAK 1
            TAHUN: 2014
            MASA: 8:30 MALAM. HARI DIMANA SPM TELAH BERAKHIR.
LAMPU PENTAS DITERANGKAN. KELIHATAN RUANG TAMU YANG SANGAT CANTIK DAN PERABOT – PERABOT DISUSUN DENGAN AMAT RAPI SEKALI. MASUK SEMULA WAN AHMAD FIRDAUS DENGAN BERPAKAIN T-SHIRT DAN SELUAR BIASA DARI KANAN PENTAS DAN BERDIRI DISEBELAH TIRAI KIRI PENTAS.

WAN AHMAD FIRDAUS:(MEMERHATI KEADAAN DISEKELILING RUANG TAMU TERSEBUT SELAMA LIMA MINIT DAN MULA MENUNJUKKAN REAKSI MUKA) WOW!. CANTIK GILERLAH RUMAH NI. SIAPA PUNYA RUMAHLAH NI…(MEMANDANG KEARAH PENONTON) KISAHNYA BEGINI. SESUDAH SAHAJA SELESAI KERTAS SPM PERDAGANGAN, MAKA BERAKHIRLAH SESI PERSEKOLAHAN BAGI AIN DENGAN RAKAN – RAKANNYA YANG LAIN. SEGALA KENANGAN DAN CABARAN YANG DIA TELAH TEMPUHI DI SEKOLAH MENENGAH TIDAK AKAN DILUPAKAN OLEHNYA. NAMUN SETELAH DIA PULANG KERUMAH, MALAM ITU DIA ASYIK KENA MARAH SAHAJA DENGAN IBUNYA. APA YANG DIA BUAT ADA SAHAJA YANG TIDAK KENA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KAKAK – KAKAKNYA ITU.(SIMPAN SEMULA I PAD DIDALAM POKET) APALAH NAK JADI DENGAN BUDAK AIN NI..
SAMBIL WAN AHMAD FIRDAUS KELUAR DARI KIRI PENTAS, AIN MULA BERLARI MASUK DARI KANAN PENTAS SAMBIL MENYATAKAN RASA TIDAK PUAS HATINYA.

SITI NURAIN:(BERANG)AKU TAK PUAS HATI DENGAN MAMA!. ALONG DENGAN ANGAH SAJA YANG BETUL!.(MENANGIS)APA NI!. AKU MAHU KERUMAH TEMAN KARIB AKU. ITUPUN SALAH KE?. (BERJALAN SATU LANGKAH KEHADAPAN PENTAS) AKU MAHU BERTEMU DENGAN RAKAN KARIB YANG SUDAH LAMA TIDAK KU BERTEMU.
MASUK ALONG DARI KANAN PENTAS SAMBIL MARAH – MARAH KEPADA AIN.
ALONG( HIDAYU ):(BERANG) KAU NI AIN!. ALONG TAK PEDULI HARI ISNIN NANTI ALONG NAK PERGI CARI KERJA.ALONG MALAS NAK TUNGGU MENUNGGU NI.

SITI NURAIN:(MERAYU)ALONG TOLONGLAH!. AIN DAH JANJI DENGAN JANAH(MATA BERAIR)DAN LAGIPUN, HARI SELASA KAN BOLEH PERGI CARI?..

ALONG HANYA BERJALAN KELUAR DARI KIRI PENTAS MENINGGALKAN AIN. AIN DUDUK DIATAS SOFA SAMBIL TERMENUNG JAUH SEKETIKA. KETIKA ITU BARULAH WAN AHMAD FIRDAUS MUNCUL DAN BERADA DIPOSISINYA SEMULA.

WAN AHMAD FIRDAUS: (MENDENGUS SECARA PERLAHAN)AIN..AIN…KALAU BOLEH DIA MEMANG TAK NAK MENGALAH LANGSUNG DENGAN KAKAK – KAKAKNYA ITU. MAKLUMLAH, SUDAH BEGITU LAMA DIA TERPISAH DENGAN SAHABAT KARIBNYA ITU..SUNGGUHPUN DIA KELIHATAN BEGITU, NAMUN AKHIRNYA DIA TERPAKSA MENGIKUT KEHENDAK MAMANYA ITU.(MENEKUP MULUT)OPS!! SALAH..EMAKNYA ITU(TERSENGEH – SENGEH DIHADAPAN PENONTON SEKETIKA LALU MENERUSKAN JALAN CERITA YANG SETERUSNYA).EH??MANA MUZIK HARP?(MENINJAU – NINJAU KEADAAN SPEAKER KIRI DAN KANAN PENTAS)WOI! MUZIKLAH!.

KRU 1: OK!(MUZIK HARP DIMAINKAN)

WAN AHMAD FIRDAUS:(BERCEKAK PINGGANG SAMBIL KEPALA TUNDUK DIBAWAH DAN DIGARU – GARU KEPALANYA SEKETIKA) APA BENDALAH KORANG SEMUA NI.(MENGELUH PANJANG) DIORANG NI BUAT KERJA MAIN – MAINLAH!.(MELIRIH MATA KEARAH PENONTON) KORANG SEMUA DAH TENGOKKAN SEKARANG INI?. NAK AKU BERSUARA DAHULU BARU BUAT!. OKLAH KITE SAMBUNG SEMULA KISAH YANG SUDAH BANYAK TERBANTUT TADI.(CUBA MENGINGATI SESUATU) APA YA???..OH! LUPALAH SENANG CERITA, APA KATA KORANG SENDIRI LIHAT JALAN CERITA YANG SETERUSNYA (MEMALINGKAN SENYUMAN).

WAN AHMAD FIRDAUS SEGERA TURUN DARI PENTAS MELALUI TANGGA KIRI PENTAS.

AIN:(MENGELUH) HAH…. APALAH NAK JADI DENGAN AKU NI..

            

kisah aku

14hb 2, 2016


           Assalammualaikum ini adalah mama dan abah aku. Kami hidup dalam serba serbi sederhana sahaja.  Sejujurnya aku sangat sayang akan family aku.













        Ini adalah along. Kakak sulung yang sejujurnya aku sayang dekat dia. Hermmmm....Walaupun along ni sometimes agak keras kepala , tapi ain tetap sangat sayangkan along.















          Dan ini pula merupakan kakak aku juga. Angah. along dengan angah kembar sebenarnya cuma kembar tak seiras. Sepatutnya mereka berdua pergi sambung belajar. Tapi keadaan tak mengizinkan. Apapun, anga i wish good luck for your next SEM. Ain sayang anga.

Isnin, 1 Februari 2016

Cerpen 5 Ekonomi asas 1

CERPEN 5 EKONOMI ASAS 1

     Ringg!!!
Seperti biasa loceng kedengaran menandakan bahawa sudah masuk sekolah.Seperti hari – hari yang lain, Cikgu Nazihan akan memberikan buku kehadiran kepada setiap kelas. Rosalina and the geng sedang duduk berkumpul sambil bercerita sesuatu.Cikgu Nazihan dengan segera tampil diatas pentas lalu memberi arahan kepada setiap ketua atau penolong ketua tingkatan.
Assalammualaiku! Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Penguhuman kepada semua ketua dan penolong ketua tingkatan.Sila pulangkan semula buku kehadiran kepada saya.”Kata cikgu Nazihan kepada semua murid dihadapan beliau.Kelihatan semua murid dihadapannya tiada seorang pun yang mengambil peduli mengenai pengumuman beliau. Setibanya En Chuah tampil kehadapan lalu memegang microfon maka mulalah berlagu ucapan beliau dikhalayak murid – murid di SMK PUTERI WANGSA tersebut. Setelah selesai menyanyikan lagu kebangsaan iaitu negaraku, sudah masanya untuk kesemua murid masuk kekelas masing – masing. Zulina seperti biasa akan pecut kehadapan. Bukan seperti biasa tetapi dimana dan tidak kira masa sahaja dia akan pecut.
                            “Ain!cepatlah!!.” Kata safurah kepada ain yang berada jauh 2 meter di belakang.                        “Ain ni lambatlah!!.” Kata Zulina yang berada jauh diatas tangga. Maklumlah mereka bertiga ni kawan rapat. “Ain!awak ini tidak boleh cepat ke hah?!.” “Safurah, kite penatlah awak jalanlah dulu!.” “Nanti kite tinggalkan awak, awak merajuk pulak. Menyampah aku!.” Kata Safurah kepada Ain. Hahaha..Ain ini ada sahaja. Entah apalah barang yang dibawa olehnya itu. Seperti biasa, orang yang pertama akan sampai kekelas dahulu adalah Zulina. Yang jalan laju dia, yang cepat sampai kekelas pun dia. Kalau sekolah ada menganjurkan pertandingan jalan pantas, pastilah dia juaranya. Rosalina adalah orang kedua yang sampai dihadapan kelas lalu membuka kunci kelas dan sesudah itu diiringi oleh Safurah dan Ain.Zulina memandang kearah Ain dan Safurah lalu bersorak keriangan. “ Yay!!aku sampai kekelas dahulu!. I am champion!.” Dia bersorak keriangan dihadapan Safurah dan Ain. “Untunglah dia.” Jawab Ain dengan nada suara yang dalam keadaan keletihan kerana baru sahaja selesai dia mendaki gunung blok c yang tingginya 3 kaki. “Untunglah kau Zulina.”Jawab Safurah dalam keadaan selamba.Safurah kelihatan lebih cool jikalau nak dibandingkan dengan Ain yang lembik itu. “Ada sesiapa mengata pasal aku ke?.” Ha..ha. Cik Ain, itu kan sudah menjadi kenyataan bahawa kau tu lembik?!.Safurah memusingkan kerusinya menghadap muka Ain dan itu tandanya dia dah nak mulakan kisah hidupnya.‘Asal dia pusingkan kerusinya itu, dah agak dah.Pasti ceritanya akan berkumandang’ tekaan Ain didalam hatinya, namun jauh disudut hati dia tidak pernah jemu mendengarkan cerita rakan karibnya itu malah dia lagi suka melihat teman baiknya asyik berceloteh didalam kelas.Datang pula Zulina dengan membawa kisahnya itu.
“Wei korang!!.” Dengan segera berganjak membawa kerusinya lalu duduk disebelah Safurah. “Tengok, dah nak mulalah ni! Dah nak mula da..” Kata Safurah dengan nada mengusik. “Apa kau!mana ada!.” Zulina melenting apabila diusik oleh sahabat karibnya itu.Mereka sudah berkenalan agak lama berbanding dengan Ain. Dengan semangatnya yang kian berkobar - kobar apabila bercerita mengenai masa depan, dia terfikir hendak mengembangkan butiknya pada masa akan datang. “Wei! Aku kan, dah besar nanti aku mahu buka butik sendiri!.” “Wei! Idea bagus tu!, Ain! apa kata kita join sama buka butik?.” Safurah mengajak Ain untuk membuka butik bersama sama dengannya tetapi Cik Safurah, bagus awak mengajak dia ini mengusahakan butik bersama dengan awak akan tetapi dia ini mempunyai banyak cita – cita. Penulis skriplah, pelukislah, pereka fesyenlah. Sedangkan itupun dia tak tau nak pilih inikan pula membuka butik. Setelah menuggu jawapan Ain yang dari tadi asyik diam, akhirnya ain layankan sahaja permintaannya. Tetapi itu tidak berkmakna bahawa dia betul – betul akan tunaikan. Ya! kita tidak tahu bahawasanya apa yang akan terjadi pada kita pada masa akan datang. Akan tetapi kata orang, cita – cita perlu di set up kan dahulu bagi menentukan nasib kita pada masa yang datang.
“Hello sayang!.” Botak atau nama sebenarnya ialah Muhammad Khairul Annuar baru masuk ke kelas diiringi oleh tiga sahabatnya iaitu Fatihi, Abbas dan Hafiz.. Ha..ha. Annuar memang begini orangnya.Boleh dikatakan dia ini orang paling hot dekat sekolah.Boleh dikatakan jarang nampak dia marah.Boleh juga dikategorikan sebagai orang paling cool dan cheer. “Wei guys! dengar! dengar! sebentar lagi guru kelas kita akan masuk. Kenapa, itu aku tak tahu.Sekian terima kasih.Korang boleh sambung berbual semula.”Annuar duduk semula ditempatnya. “Hah?! Bukan ke sepatutnya Cikgu Zaiton yang kena masuk?.” Ujar Ain kepada Annuar .Annuar hanya menggelengkan sahaja kepala tanda tidak tahu. “Botak! Apsal cikgu Zaiton tak masuk hari ini?.” Sampuk Safurah kepada Annuar. “Kan aku sudah cakap tak tahu. Bahagian mana yang kau tak faham Safurah?.” Jawab Annuar sambil tersenyum manis. Maklumlah budak – budak kelas 5ea1 ada sahaja bahasa yang tak faham dan perlu diulang semula. Sementara menunggu kedatangan guru kelas kesayangan mereka iaitu Cikgu Azrini, masing – masing duduk didalam kelompok mereka.Ada sahaja perbincangan antara meraka.Inilah dia budak kelas 5 ekonomi asas 1.Kelas yang paling hot mengenai sifat pemalasnya.Mereka tidak dungu tetapi malasnya sahaja ditunjukkan.
“Wei Fat!, semalam Malaysia, bukan main mantap seh!!. Menang wo!!.” “Semalam Malaysia lawan dengan siapa ya? I say man! Sayang tak dapat tengok semalam!.” Kata - katanya disahut oleh Abbas. “Yalah!Semalam Malaysia lawan Indonesiakan? 1-0. Apsal kau tak tengok semalam?.” “Aku ada kerja semalam. Dia itulah puncanya!.” Mulutnya menjuih kearah orang yang berdiri disebelah kerusi Khairul. Siapa lagi kalau tak bukan si Hafiznizzal tu. Mahu rasanya Fatihi hendak menumbuk – numbuk si hamba allah yang sorang itu. Tetapi oleh kerana dia memiliki sifat sabar yang tinggi, biarkan sajalah! Dari jauh Abbas memanggil - manggil orang yang bernama Hafiznizzal tetapi hamba allah tersebut langsung tidak dengar namanya dipanggil berkali – kali. “Hafiz!Apa seh! Aku panggil dia ni!woi!. Eh! Ain! Panggilkan Hafiz!.” Ain mula naik berang.Darahnya diserbu naik turun naik turun.Mau taknya diganggu sewaktu dia hendak memulakan rangka kisah pendeknya. “Wei kerani !kau tak dengar ke hah?. Abbas panggil kau lah!.” “Yang kau ni nak jerit – jerit apa hal?!.” “Eh khairul! Kau diam!.” Matanya merenung Hafiz dengan tajam sekali. ‘habis terbantut kisah pendek aku’. Hati kecilnya berbisik sedemikian.Rafidah dan Maizurah terperanjat manakala Faiqah dan Naylee mula menyindir Ain. Mereka berkata bahawa Ain terlalu garang seperti singa padahal ain bukannya garang sangat!.
“Ain, kite rasa tak sabarnya nak dapat..” kata – katanya dipotong oleh ain. “Dapat gaji. Betul tak?.” Safurah berkerut - kerut seketika.Dia tidak tahu bagaimana Ain boleh mengagak perkara yang hendak dikatakan olehnya. “Ain ni, tahu – tahu saja apa yang kite hendak katakan.” “Of course lah!. Kata BF. Mestilah tahu!.” “Tapi aku tak boleh belah Cikgu Zaini suruh buat sajak koperasi untuk dia! Hahaha…apalah Cikgu Zaini ni.” Syahir berlari lintang pukang masuk kelas.Mukanya kelihatan sedikit penat akibat pecutan enjin tenaganya yang melampau.Dia sengaja membuat pecutan daripada tingkat bawah sampai dihadapan kelas kerana ternampak kelibat Cikgu Jamaliah sedang memarahi budak – budak tingkatan bawahan.Zaharah datang menghampirinya.
“Wei Syahir apa hal dengan kau ni?!.” “A..aku ternampak mak angkat Ain dekat bawah tadi.” Tercungap – cungap dia memberitahu perkara yang dinampak olehnya itu tadi. “Dia tengah buat apa?.” “Apa lagi?.Uhuhuk..dia mengamuklah dengan budak – budak bawahan semua!.” Syahir berjalan perlahan menghampiri tempat duduknya.Dia mengesat peluh yang mengalir dipipinya.’mak tiri aku?’ itulah perkara yang sedang bermain di otak Ain.Dia berhenti menulis seketika lalu memusingkan separuh badannya menghadap Syahir. Dia juga berfikir wah alangkah bestnya jikalau aku letakkan kerusi plastik ini diatas kepala otak syahir!..
“Hei! Bila masa dia jadi mak tiri aku?. Cakap jangan sebarang cakap tahu?!.” “Eh Syahir! Betul ke kau nampak mak tiri Ain tadi?.” Afifi dan Syahir ini memang satu kepala.Apa yang didengarinya mengenai Ain semuanya betul.Kalau nak diikutkan hati mahu sahaja Ain menumbuk muka mereka berdua sampai lebam – lebam. Tapi tidak boleh juga kerana nanti buku rekod disiplin akan tercatat nama dan kesalahan. Baik – baik rekod Ain kosong tiba – tiba tercatat nama pula.
Apalah dengan nasib aku hari sudahlah asyik kena perli dari tadi.Yang hamba allah sorang ini pula duduk menyempit dekat belakang aku’ biasalah kelas kecil. Manalah boleh diluaskan lagi?. Sebelah kelas pula ada kelas orang lain. Kalau nak dibesarkan lagi boleh tapi dimana kelas 5ss 3 mahu belajar nanti?.
“Wei Ain! Relax!Jangan marah – marah nanti cepat tua.” “Janganlah marah – marah ain.” “Buat bodoh jer apa yang diorang cakap.”Azimah sentiasa hadir didalam kelas begitu juga dengan Rosalina dan Arina.Bercakap mengenai Arina, siapa sahaja yang tahu. Dia memang sangat terkenal dengan gelagatnya kerana bila dia berbual dengan rakan rakannya, fuyyoh!! Suara, boleh pecah panggung!. Tetapi bila Cikgu panggil suruh baca teks dihadapan alamatnya, kena pasang mikrofon dahulu baru boleh dengar suara dia. Namun apa nak dbuat, dia memiliki sifat pemalu yang amat.
Setelah setengah jam menunggu, akhirnya Cikgu Azrini tiba dihadapan kelas. Waktu itu barulah semua murid lintang – pukang untuk mencari tempat duduk masing – masing. Syahir selaku ketua kelas 5 EA 1 mengarah semua murid bangun lalu memberikan ucapan salam. Setelah selesai memberikan ucapan salam, mereka semua duduk di kerusi masing – masing. Cikgu Azrini dengan wajah yang muram mengeluarkan kertas ujian yang telah siap ditanda olehnya. Dia mengetap bibir sebentar lantas merenung wajah disetiap anak muridnya.Ketika itu suasana dikelas menjadi suram.
Jantung didada berdegup dengan kencang disaat markah kertas sains berada didalam tangan Cikgu Azrini.Apa yang boleh dibuat Cuma berdoa sahaja supaya tidak mendapat markah yang tercorot.
“Saya nak tanya kepada kamu ni. Apa yang kamu buat dirumah sebelum peperiksaan pertengahan tahun menjelang?.” Cikgu Azrini mula mengemukakan soalan pertamanya kepada anak muridnya tetapi soalan pertama tersebut mereka hanya mendiamkan diri sahaja. Maklumlah tak tahu apa yang nak dijawabkan.
“Soalan senang macam ini, awak tak boleh jawab?!.Ini belum lagi saya tengok markah subjek awak yang lain – lain.” “Cikgu, boleh kami tahu markah sains kami.?” “Hah!.Itu dimasa perjumpaan ibubapa baru awak tahu markah subjek sains awak. Sekarang ini saya nak tahu cuti sekolah 2 hari! Jumaat dan sabtu awak semua buat apa?.” “Baca buku cikgu.” “Kerja sekolah yang saya berikan hari itu sudah siap tak? Ada yang sudah dilengkapkan atau tidak?.” Mereka berpandangan antara satu sama lain kemudian mereka menganggukkan kepala tanda siap. “Sudah siap dan sudah dilengkapkan cikgu.” Segala persoalan yang diajukan oleh cikgu Arini asyik dijawab sahaja oleh murid – murid kelas 5 ekonomi asas 1. ‘Sejujurnya mereka tidak bengap atau bodoh tetapi mereka terkenal dengan sifat pemalasnya.’ Itulah yang dikatakan oleh semua guru dipejabat.
“Baiklah!Cikgu nak Tanya cita – cita kamu semua.Bermula dengan Ponselvi. Apakah cita - cita kamu?.” “Kastam polis, Cikgu.” “Kamu pula Uva?.” “Begitu juga dengan saya Cikgu.” “Tashini?.” “Paramugari.” “Kalaiyarsi?.” “Lawyer, Cikgu.” “Juliana?.” “Saya hendak menjadi pengarah filem cikgu!.” Dengan bangganya Juliana bangun dan bersuara mengenai cita – citanya. “Alifah?.” “Seorang guru.” “Bagus!. Kamu pula Maizurah?.” “Saya juga hendak menjadi guru.” “Awak Naylee?.” “Pilihan saya juga sama seperti Maizurah, cikgu.” “Safurah.” “Saya mahu menjadi Polis Diraja Malaysia! dan saya juga ingin menunaikan impian ayah saya, Cikgu.” Safurah menghadiahkan senyuman yang manis kepada cikgu Azrini manakala yang lain – lain naik meluat! melihatkan cara safurah itu. “Bagus Safurah! Teruskan!.” Cikgu Azrini memberi galakan kepadanya manakala dia menjeling mata kepada ain. “Tengok!Cikgu puji aku. Kau ada?.” Ain hanya melepaskan tawa sahaja.
Cikgu Azrini berjalan dari setiap meja kesetiap meja bagi mengetahui cita – cita yang telah mereka tetapkan untuk masa hadapan mereka.
“Saya mahu menjadi seorang paramugari cikgu.” “Awak Maisarah!. Cita – cita punyalah tinggi menggunung tetapi kehadiran awak?.Awak tu kena berusaha untuk penuhkan rekod kehadiran awak.”Cikgu Azrini berlalu dari situ meninggalkan Maisarah yang hanya tersenyum sahaja mendengarkan bebelan daripadanya. “Siti Aida, awak?.” “Guru.” “Cita – cita saya banyak cikgu. Saya nak jadi pelukis tapi saya nak jadi penulis skrip tapi saya…saya nak jadi business woman tapi…” Seperti yang dikatakan pada sebelum ini, Ain banyak pilihan cita – cintanya tetapi yang menjadi satu hal adalah dia tidak pandai memilih cita – cita.
“Sudah! Cukup!.Asalkan awak sudah menyediakan hala tuju awak.Bagus Ain. Cumalah jikalau awak rasa cita-cita tersebut memang kena pada awak, teruskan!.”Nasihat Cikgu Azrini kepada Ain.
Naylee memandang kearah Ain lalu bertanya kepada ain mengenai cita – cintanya tetapi belum sempat ain menjawab pertanyaan Naylee kerana sudah ada yang memberikan komen.
“Ain! Betul ke kau nak jadi pelukis animasi?.” “Betullah tu.”Sambil jawab, Ain memegang sehelai kertas dan sebatang pensel untuk melukis. “Cikgu!Saya, Rosalina dengan Arina hendak menjadi TLDM.” Lalu disokong oleh 2 orang temannya iaitu Rosalina dan Arina.. “Saya dengan Abbas pula hendak menjadi pegawai polis seperti Safurah, Cikgu.” “Betul Abbas?.” Cikgu Azrini ingin mendapatkan kepastian daripada Abbas. Abbas menjawab dengan jujur sekali. “Benar Cikgu.” Belum sempat tangan Cikgu Azrini dialihkan kearah Annuar, hamba allah itu sudah berdiri dengan megahnya sambil memegang kain berwarna biru lambang anak harimau lalu diikatnya di dahi. “Cikgu! Cita – cita saya adalah..saya hendak menjadi pemain bola sepak yang terkenal di persada dunia!.” “Baiklah..baiklah Annuar saya tahu.”
Annuar dengan rasa hampanya kembali duduk semula di kerusinya. Apa dia ingat Cikgu Azrini akan terpikat dengan dia?. Dia membuka ikatan kain yang diikatnya di dahi lalu menyimpan semula kain tersebut kedalam beg.
“Saya pula businessman, Cikgu.” “Kamu mahu jadi businessman Fatihi?.” Fatihi hanya mengangguk sambil tersenyum. “Kamu Khairul?.” “Tentera Udara, Cikgu!.” “Saya pula tak tahu nak jadi apa.” “Kamu ni Muhaimin, kamu sebenanya boleh!.Tetapi kamu sengaja tak nak bolehkan.Kamu fikir – fikirlah apa yang Cikgu maksudkan.”Cikgu Azrini beralih pula ketempat Afifi, Syahir dan Syazwan.Apabila ditanya, mereka bertiga hendak menjadi angkasawan yang berjaya menjejakkan kaki kebulan seperti Dato’ Syeikh Muzaffar.Cikgu Azrini hanya tersenyum melihat telatah mereka bertiga.
“Cikgu, saya hendak menjadi Chef.” “Bagus Fatimah. Awak ada bakat untuk menjadi seorang chef yang professional.” Pujian cikgu Azrini telah membuatkan Fatimah berasa malu kerana disakat oleh hamba allah yang duduk jauh dibelakang. “Wah! Hebat seh Fatimah!.” Annuar bangun lalu memberikan tepukan gemuruh kepada Fatimah.Apa yang ditepuk olehnya pun tak tahulah. “Saya hendak menjadi model.” Naylee, Safurah serta sahabatnya yang lain memberikan sokongan yang padu terhadap cita – cita yang dipilih olehnya. “Rafidah pula?.” “kerja kastam, Cikgu.” “Syamil dengan Edzafifirul pula?.” “Saya nak jadi pemain besbol, Cikgu.” “Begitu juga dengan saya.”Kata Edzafirul kepada Cikgu Azrini. “Ada sesiapa yang saya belum panggil?.” “Tinggal Zulina, Fatin dengan Zaharah, Cikgu.” “Oh ya!Saya terlupa. Zaharah, kamu?.” “Guru.” “Saya juga, Cikgu.” “Saya pula cikgu, hendak menjadi seorang pereka fesyen yang ternama dipersada antarabangsa!.” Zulina memandang kearah Ain dan Safurah lalu dia ketawa seorang diri.Agaknya dia amat berbangga dengan cita – cintanya itu.
Setelah selesai bertanyakan cita – cita disetiap sorang, akhirnya Cikgu Azrini kembali semula berdiri dihadapan lalu memandang wajah anak muridnya disetiap sudut.
“Cita – cita yang kamu semua inginkan, semuanya tinggi mengunung.Tetapi, kalaulah Cuma markah ini sahaja yang awak boleh target dalam sains dan subjek yang wajib lulus seperti BM dan SJ awak GAGAL, lupakanlah impian awak untuk sambung belajar ke UITM.”Cikgu Azrini mengambil satu contoh kertas ujian sains yang telah siap dinilai markah olehnya lalu dipaparkan kepada semua anak muridnya. Kertas tersebut diambil daripada kelas lain untuk dijadikan sebagai contoh markah paling teruk yang pernah ditanda olehnya. “Kalaulah markah awak Cuma C,D,E sahaja, memang tipis untuk kemana – mana Universiti. Sebab itulah saya mahu awak semua belajar dengan bersungguh – sungguh demi memperoleh keputusan yang cemerlang!.” Cikgu Azrini memberi nasihat yang cukup bermakna kepada murid – murid dikelas 5 EA 1. Memang benar!. Sekiranya kita belajar bersungguh – sungguh, pasti membawa kejayaan dan yang paling penting, ingat tuhan dan ingat ibubapa.
Walaubagaimanapun, mereka semua tidak pernah jemu dengan nasihat yang diberikan kepada Cikgu Azrini malah, mereka menjadi lebih bersemangat selepas mendengar kata – kata semangat daripada Ibu mereka. Seperti yang dinyatakan bahawa mereka semua tidaklah dungu tetapi terkenal dengan sifat pemalasnya. Loceng rehat telah berkumandang menandakan waktu rehat. Manakala 5 EA 1 baru sahaja selesai mendengar kuliah free daripada guru yang sudah diangggap sebagai ibu mereka. Ada diantara mereka yang pergi keperpustakaan untuk bertugas dan ada juga diantara mereka tidak pergi rehat sebaliknya berjalan – jalan disekitar dalam sekolah.
Perut berbunyi bagaikan memaksa si tuan empunya badan mengisi makanan dan minuman kedalamnya. Ain bersama - sama dengan Safurah , Juliana dan Zulina duduk semeja dikantin lalu menikmati makanan mereka begitu juga dengan murid – murid yang lain. Suasana disekolah sungguh ceria setelah menghadapi peperiksaan pertengahan tahun bagi tingkatan 4 dan5 manakala tingkatan 3 pula baru sahaja selesai menjalani ujian PT3

                     Akan tetapi perjalanan mereka tidak berakhir sampai disini. Malah, mereka akan menghadapi peperiksaan sebenar iaitu SPM yang akan menjelang tidak lama lagi. Oleh itu, selamat maju jaya saya ucapkan kepada kesemua pelajar tingkatan 5!.   

buah cinta

TIPS MELAWAT CAMERON HIGHLANDS | FELDA KUMAI | PERTANIAN | PETIKAN BERITA | CATATAN PERJALANAN |
 
Laman UtamaPengenalanCameron HighlandsFelda KumaiEditorialPerakuanHubungi kami
 
 
 
 
Isnin, 12 November 2012
Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Cinta
Buah Cinta? mungkin ada yang pernah dengar dan ada pula yang menyangkakan jenis ayat atau puisi. Jika anda datang ke Cameron Highlands, anda boleh membeli dan merasainya sendiri.
 

 
Kenapa dipanggil buah cinta? Ini kerana rasanya dikatakan mempunyai pelbagai rasa seperti kadang kala anda akan merasainya amat manis, kadangkala pahit dan kadangkala masam.. 
 
 Ianya diibaratkan seperti percintaan yang penuh dengan kemanisan, kepahitan dan rasa yang beradun dalam satu perhubungan... 
 
Sebenarnya buah cinta ini atau dikenali sebagai passion fruit berasal dari keluarga Passifloracea dan dipercayai berasal dari Negara Brazil. Di Malaysia buah cinta yang berwarna unggu lebih banyak di tanam dan mudah tumbuh kerana sifafnya yang sub tropika. 
 
Daunya sedikit melebar dengan bewarna hijau terang dan sedikit kekuningan manakala batangnya sederhanan kecil dengan salur akar tunjang. 
 
Buahnya selalunya terhasil dalam rangkaian tiga atau dua serangkai dan berwarna hijau muda ketika tempoh awalnya sebelum bertukar menjadi unggu ketika matangnya. 
 
 
 
Keratan dalaman buah yang masak akan menemukan biji-biji buah cinta yang padat.
 
Di Cameron Highlands, anda boleh membeli anak pokoknya dengan harga RM 7-15 sepasu mengikut saiz dan jika ingin membeli buahnya anda boleh membelinya di pasar malam, gerai jualan khasnya di Kea Farm dan persimpangan masuk Ladang Teh Sungei Palas. 
 
 
 
Pokok yang ditanam dan boleh dilihat setakat pemerhatian saya, anda boleh singgah di Stesen Mardi, Straberry Park Resort dan juga Smoke House ( Besar pokoknya). 
 
 
 
Orang kata, kalau anda merasai buah cinta dan mendapati manis rasanya, ini bermaksud percintaan anda diselubungi kemanisan dan kebahagian dan begitulah sebaliknya jika terasa masam...  terpulanglah ... 
Anda mungkin juga meminati:
Tips Melawat Cameron Highlands: Cactus di Cameron Highlands
Tips Melawat Cameron Highlands: Bersukan di Cameron ...
Tips Melawat Cameron Highlands : Cameron Highlands Resot
Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Tiin
LinkWithin
Dicatat oleh Sham @ Kumai @ KG @ Jack pada Isnin, November 12, 2012  
E-melkan Ini
BlogThis!
Kongsi ke Twitter
Kongsi ke Facebook
 
Label: Cameron Highlands, pertanian
Reaksi anda:     
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
 
Pautan pada catatan ini
Buat Pautan
 
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
 
 
 
mrkumai ingin mengucapkan:
 
 
Siapa mrkumai?
 
Sham @ Kumai @ KG @ Jack
Cameron Highlands, Pahang, Malaysia
Mula menetap di CH pada 13 May 2007. Menulis sekadar coretan semata... Jika ada pertanyaan, emailkan kepada : mrkumai@gmail.com
Lihat profil lengkap saya
Facebook mrkumai:
Mohd Hairulhisam Ramli
 
Create Your Badge
 
Hari ini:
 
Demi Masa:
 
Bilangan pembaca sekarang:
 
 
Pembaca Mrkumai mulai 16 April 2011:
 276038
Koleksi Gambar Mrkumai:
 
Taip kata kunci; Tips Cameron Highlands, halal, percutian, penginapan & sebagainya:
Email Mrkumai sebarang;
 
Anda Suka blog ini?
 
Cuaca di Cameron Highlands
Weather by Freemeteo.com
 
Koleksi Catatan & Ulasan;
Jumlah Catatan terkumpul: 706
Jumlah Ulasan diterima: 121
Catatan Terkini:
get this widget here
Koleksi Catatan:
?  2013 (81)
?  2012 (314)
?  Disember (19)
?  November (53)
Peristiwa: Cameron Bike Week 2012
Tips Melawat Cameron Highlands: Sri Juliana Chalet...
Tips Melawat Cameron Highlands: Misteri Jim Thomps...
Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Sultan Abu B...
Tips Melawat Cameron Highlands: Kedai Gambar dan K...
Tips Melawat Cameron Highlands: Peralatan Kamera y...
Felda Kumai... kebanggaan kami...
Info Tani: Tanaman Herba Garuda
Info Tani: Tanaman Herba Lemon Verbena
Info Tani: Tanaman Herba Oregano
Info Tani: Tanaman Herba Dukong Anak
Info Tani: Pokok Herba Bangun-Bangun
Tips Melawat Cameron Highlands: Tanaman Pir
Tips Melawat Cameron Highlands: Tanaman Epal
Catatan Perjalanan : Jonker Walk.. Laman Datuk Wir...
Tips Melawat Cameron Highlands: Nombor kecemasan
Tips Melawat Cameron Highlands: Mossey Forest ..te...
Tips Melawat Cameron Highlands: Mountain Strawberr...
Tips Melawat Cameron Highlands: Menara Tinjau Gunu...
Tips Melawat Cameron Highlands: Lokasi Kesesakan J...
Tips Melawat Cameron Highlands: Tanaman Anggur
Tips Melawat Cameron Highlands: Lantana Camara sir...
Tips Melawat Cameron Highlands: Bird of Paradise
Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Cinta
Tisp Melawat Cameron Highlands: Strawberry Park Re...
Tips Melawat Cameron Highlands: Taman Agro Al-Mash...
Tips Melawat Cameron Highlands; Pokok Halau Nyamuk...
Tips Melawat Cameron Highlands: Pemprosesan teh......
Catatan Percutian: Istana Jahar @ Kelantan
Catatan Percutian: Pantai Cahaya Bulan @ Kelantan
Catatan Percutian: Pasar Besar Siti Khadijah @ Kel...
Tips Melawat Cameron Highlandsi: Bunga Matahari
Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Gardenia
Tips Melawat Cameron Highlands: Buah Tiin
Catatan Perjalanan: Perigi Hang Tuah
Tips Melawat Cameron Highlands: Senarai Semak Loka...
Tips Melawat Cameron Highlands: Senarai semak loka...
Catatan Perjalanan: Stadthuys..
Tips Melawat Cameron Highlands: Laluan Gua Musang-...
Catatan Perjalanan: Makam Hang Jebat
Catatan Perjalanan: Makam Hang Kasturi
Tips Melawat Cameron Highlands: Jalan Simpang Pula...
Tips Melawat Cameron Highlands: Tan's Camillia Gar...
Info Pengguna: Lokasi AES .. siri 2
Info Pengguna : Lokasi AES di seluruh negara... si...
Info Pengguna: AES..
Tips Melawat Cameron: Pemanduan yang selamat..
Tips Melawat Cameron Highlands: Pesanan dan Pengha...
Felda Kumai... dari kejauhan...
Himpunan Rakyat Cameron : Sokongan anda?
Catatan Percutian : Stadthuys di Melaka...
Tips Merancang Percutian
Kisah bulan November 2012
?  Oktober (45)
?  September (17)
?  Ogos (23)
?  Julai (21)
?  Jun (19)
?  Mei (15)
?  April (35)
?  Mac (22)
?  Februari (30)
?  Januari (15)
?  2011 (311)
Catatan Popular Pembaca :
 
Gambar kucing comel dan manja....
Suatu ketika dahulu kucing adalah haiwan peliharaan kegemaran aku dan kini terpaksa melupakan seketika bila ada anak kecil. Menjadi kegemar...
 
Produk kecantikan tetapi beracun...
Raya dah dekat kan? Mesti persiapan dah dibuat..Baju baru, kuih muih, kereta, duit raya dan pastinya bagi kepada golongan wanita, peralatan ...
 
Tips Melawat Cameron Highlands : Makanan Halal...
Ini adalah soalan yang popular jugak di kalangan kawan-kawan yang datang ke sini dan pastinya mereka amat mementingkan kedai makan yang h...
 
Bayi yang comel dan cute.. pilihan anda?
Saje dah cerita pasal bayi dan semasa aku mencari gambar bayi terjumpa koleksi gambar bayi yang cute dan amat comel. Rasanya tak salah kut k...
 
Tips Melawat Cameron Highlands: Homestay di Taman Sedia
Ada yang email kepada saya bertanyakan , " Taman Sedia tu ada 2 jenis homestay sahaja ke?: Jawapan saya tentunya tidak.  Saya ...
 
Tips Melancong ke Cameron Highlands
Terdapat banyak catatan untuk siri Tips Melancong ke Cameron Highlands di mrkumai atas dasar pengamatan dan pendapat peribadi. Semoga dapa...
Tips Melawat Cameron Highlands: Berapa budget anda ?
Ada yang bertanya saya berapakah anggaran kos untuk melancong ke Cameron Highlands. Bagi saya tiada sebarang penetapan untuk perbelanjaan a...
 
Tips Melawat Cameron Highlands ; Tapak Perkhemahan Sungai Pauh
Saya agak hairan kerana mendapati catatan ini agak mendapat sambutan. Saya terfikir-fikir apakah ramai yang mencari kemudahan berkhemah d...
 
Kelapa Sawit
(Perakuan : Isi kandungan artikel ini adalah pendapat dan pengalaman peribadi saya selaku penulis dan sedikit catatan yang diambil daripada ...
 
Tips Melawat Cameron Highlands: Kampung Taman Sedia
Maaf , gambar kurang memuaskan, salah setting masa terbang..  Saya pernah berjanji untuk berkongsi mengenai kisah Kampung Taman Sedia y...
Catatan Popular Minggu Ini.
 
Gambar kucing comel dan manja....
Suatu ketika dahulu kucing adalah haiwan peliharaan kegemaran aku dan kini terpaksa melupakan seketika bila ada anak kecil. Menjadi kegemar...
 
Tips Melawat Cameron Highlands: Pasar Malam Brinchang di musim cuti sekolah
Panjang benar tajuknya kali ini . Kalau tidak silap saya, saya pernah membuat catatan mengenai pasar malam di Brinchang ini yang sememangny...
 
Tips Melawat Cameron Highlands : Makanan Halal...
Ini adalah soalan yang popular jugak di kalangan kawan-kawan yang datang ke sini dan pastinya mereka amat mementingkan kedai makan yang h...
 
Tips Melancong ke Cameron Highlands
Terdapat banyak catatan untuk siri Tips Melancong ke Cameron Highlands di mrkumai atas dasar pengamatan dan pendapat peribadi. Semoga dapa...
PRU 13: Calon Parlimen Cameron Highlands.,,
Dalam sejarah ia tertulis kini, Parlimen Cameron Highlands akan menyaksikan saingan 5 penjuru.   Jika PRU yang lalu hanya melibatkan 1 ...
 
Tips Melawat Cameron Highlands: Homestay di Taman Sedia
Ada yang email kepada saya bertanyakan , " Taman Sedia tu ada 2 jenis homestay sahaja ke?: Jawapan saya tentunya tidak.  Saya ...
 
Tips Melancong ke Cameron Highlands ... Tanah Rata
Catatan ketiga daripada lima siri dan  untuk siri ini akan berkisar dengan Pekan Tanah Rata dan sekitarnya. Pekan Tanah Rata Pekan Tanah...
 
Tips Melancong ke Cameron Highlands... catatan kedua..
Nampaknya, catatan Tips melancong ke Cameron Highlands mendapat paling ramai pembaca, barangkali ramai yang mencari maklumat di internet u...
 
Produk kecantikan tetapi beracun...
Raya dah dekat kan? Mesti persiapan dah dibuat..Baju baru, kuih muih, kereta, duit raya dan pastinya bagi kepada golongan wanita, peralatan ...
 
Tips Melawat Cameron Highlands: Ros Chalet
Rasanya aku dah jumpa topik yang seronok aku nak taip dan kongsikan iaitu mengenai sesuatu yang dekat dengan aku yakni CAMERAN HIGHLANDS. A...
Siapa online di mrkumai:
 
 
Statistik pembaca mrkumai:
 
 
Negara Pembaca sejak 23 Sep 2012:
 
Ulasan anda;
Get Widget
Ulasan Pembaca:
Get widget here
Blog Pilihan mrkumai:
 
Orang Muo
 Wanita Lebih Muda Dengan Kolagen. Apakah Kolagen? -
8 jam yang lalu
 
Warkah Buat Isteri
 Motivator Yg Hen..sem..!! - Assalamualaikum U guys... Just nak share few gambar sekitar my TALK.. ( I talk, u shut up!! haha hehe hoho ) di Ipoh n di Universiti Teknikal Malaysia at ...
9 jam yang lalu
 
KAKIMOTONG DOT COM
 Haiwan Yang Ditangkap Akan Dilupuskan Sekiranya Tidak Dituntut Dalam Tempoh 7 Hari - *Assalamualaikum dan Salam Aktivis Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...* Dah lama juga PH tak update blog, tak macam dulu-dulu...Selalu update blog seh...
Sehari yang lalu
 
Moon punyer blog
 telekung budak dr House of Arabella - Kemain la suka cik Yaya dpt telekung solat yg sangat comey nih . Thanks Yatie ... Moon ada beli 1 telekung utk Mama n at the same time Yati adiah kan 1 ut...
Sehari yang lalu
 
BLOG PERIBADI USTAZ MOHD KHALIL (Kadi Kluang)
 Khalwat Dalam Hotel - ? BATU PAHAT - Seorang penjawat awam wanita ditahan bersama pasangannya di salah sebuah hotel bajet sekitar daerah ini dalam operasi cegah maksiat, awal...
Sehari yang lalu
 
RIDHUAN TEE
Melahirkan negarawan politik - *(Sinar Harian, 29 Apr 2013)* *Dalam politik tidak ada yang mengejutkan, meskipun perkara yang pelik-pelik atau tidak masuk akal berlaku. Itu adalah bias...
5 hari yang lalu
 
Jottings of Xnuripilot
 "Finding Henry" - Saya terima e-mel berikut pada 17/4/13, jam 1819... Salam Mejar Nor Ibrahim. Apa khabar tuan? saya harap tuan berada didalam kesihatan yang baik serta ba...
5 hari yang lalu
 
T'pesona Photography (KRYPICTURES group)
 NEWBORN PHOTOSHOOT 2013 - Baby : NUR ADELIA bt. ABU MANSOR Dob : May 05 2013 Tanjong Malim, Perak.
Seminggu yang lalu
Felda Kumai
PRU 13: Semakan Daftar Pemilih… - Menjelang hari pengundian PRU 13 yang akan berlangsung pada 5 Mei 2013, feldakumai.com mencadangkan kepada anda untuk membuat semakan terlebih dahulu lokas...
Seminggu yang lalu
Blog PakarHowTo
3 Perkara Yang Membatalkan Syahadah - Berikut ini saya kongsikan catatan isi-isi kuliah Ustaz Hasan Razak di Masjid Abu Bakar as-Siddiq, Bakar Arang pada 12 Febuari 2013 yang lepas. Antara isi-...
2 bulan yang lalu
 
ANAK JATI FELDA
 Bersama Sertai Kempen Dan Gunakan Logo Ini.... - *Selepas perhimpunan 'OREN' yang ternyata gagal, bersama lah kita sertai kempen ini supaya mesej di atas sampai kepada beliau. Sesungguhnya beliau memang...
9 bulan yang lalu
 
Mr Kumai's Photo Gallery
Rimba Rekreasi Bukit Bertangga - [image: Rimba Rekreasi Bukit Bertangga] Sekitar Rimba Rekreasi Bukit Bertangga yang berwajah baru. Dahulu kami merentas jalan balak untuk ke sini. Malah ko...
Setahun yang lalu
Fariz Kamis' Blog
10 perkara yang bakal membazirkan wang anda. - Oleh: Cikgu Azros Admin Blogspot Pakar Kewangan 10 perkara yang bakal membazirkan wang anda. Fikir sebelum beli adalah ungkapan yang paling sesuai jika and...
Setahun yang lalu
Akhbar Harian Pilihan:
Kosmo Online
Lelaki maut dihempap kereta sendiri
26 minit yang lalu
 
Utusan Online
BN yakin tawan Selangor - Najib
19 jam yang lalu
 
Berita Harian Online
 
mStar Online
 
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia ~ BERNAMA
 
Sinar Harian :: Suara Cakna Anda
 
The Star Online: Malaysia News
 
myMetro
Blog Politik pilihan:
 
SEMUT HITAM
 PAK MUS RELA BERSERAH PADA NIK AZIZ!!! - Kalau ikutkan, nampak macam diorang ni semuanya alim sangat. Nampak macam lebih mengutamakan Islam dari lain - lain hal. Tapi hakikatnya? Diorang hanya m...
51 minit yang lalu
 
rbf online
 BN Menang 153 Parlimen, Rampas Selangor dan Kedah, Pas Tumbang Di Kelantan dan Anwar Kalah - Macam-macam perang psikologi yang mereka lancarkan. Ada yang kata mereka akan menang 215 kerusi, kemudian jadi pula 115 kerusi. Hari ini pula Stopa Spend...
Sejam yang lalu
 
DARUL EHSAN TODAY
 PRU 13: Ingatan Aku Kepada Pengundi Shah Alam... - Nasihat aku kepada pengundi shah alam yang akan mengundi esok... Ingat... agama Islam dalam bahaya... Ingat... orang yang menjadi calon mewakili PAS bersetu...
2 jam yang lalu
 
The Unspinners
 DAP evangelis tak hormat ugama lain: Anti azan dan Islam - Dalam video diatas, Calon Parlimen Dap, Jimmy Wong, tidak membenarkan sebarang pembinaan surau atau masjid dikawasan berkenaan. Tapak masjid sudah ada, tet...
2 jam yang lalu
 
PAPA GOMO
 EKSKLUSIF - Video Khas Untuk Rakyat Malaysia Kenal Siapa Anwar Ibrahim - LIKE Tidak mahu bercakap banyak pada malam ini memandangkan sudah bertahun Gomo berjuang bersama rakan rakan lain mendedahkan siapa manusia bernama Anw...
3 jam yang lalu
 
GERAKAN ANTI PKR
 KEPUTUSAN PRU 13 : ANALISIS BLOGER GAP. - esok adalah hari terakhir kempen pru 13. insyaallah keputusan pilihanraya bakal kita ketahui beberapa jam selepas tempoh pengundian di tutup. pru 13 merup...
5 jam yang lalu
 
Anak Seberang
 Amekkaw!! Yusuf Milosuam Dicekup Polis - KUALA LUMPUR 2 Mei - Polis menahan penulis blog propembangkang, Yusuf Al Siddique Suratman atau lebih dikenali sebagai Milo Suam berhubung penyiaran dua...
Sehari yang lalu
 
AZLI SHUKRI TODAY
 Tsunami Memang Benar-benar Akan Berlaku Di Kelantan 5 Mei Ini - Mustahil sekiranya jentera pilihan raya Pas Kelantan tidak mengetahui bahawa tsunami akan melanda Kelantan pada 5 Mei ini berasaskan kepada fakta yang m...
Sehari yang lalu
Blog Tun Dr. Mahathir Mohamad
SHARING - This article appeared in the New Straits Times of April 30, 2013 1. Malaysia has enjoyed more than half a century of peace and stability and high growths u...
2 hari yang lalu
 
The Antics of Husin Lempoyang
 Seloka untuk Tok Jan - *Tersungkoq Tok Jan nak jawab * Kita bukan lawan bendera, Maupun banci ahli-ahli ke syurga. Konsep kita SATU Malaysia, Tahu sudah dah, pakat rasa. Terima k...
2 minggu yang lalu
 
ZULKIFLI BIN NOORDIN
 TANGAN-TANGAN JAHANAM! - A picture speak a thousand words Gambar menterjemah seribu bahasa Mike nampak kekembaran dema? Sepusat sepusing, Apakah ada dalang asing? Kata Nujum Pak...
3 minggu yang lalu
 
PISAU.NET
 Golongan Penipu Penganjur HKR - Lebih kurang dua tahun kebelakangan ini sudah banyak perhimpunan dan demonstrasi jalanan serta pelbagai gimik politik diusahakan oleh pakatan pembangka...
3 bulan yang lalu
Label dan Ketegori Catatan:
artikel keagamaan (38)
artis (1)
Australia (14)
bolasepak (1)
bunga (31)
bunga Camellia (1)
bunga dahlia (1)
bunga daisy (1)
bunga orkid (2)
bunga ros (4)
Cameron Highlands (256)
catatan harian (18)
catatan perjalanan (130)
dari blogger (76)
facebook (13)
felda (42)
filem yang aku suka (6)
fotografi (5)
Gambar menarik (3)
Halal (9)
hotel (5)
ibu (1)
India (8)
Info pengguna (126)
Jalan Pecah Batu (2)
Kampung Taman Sedia (2)
Kelantan (3)
kelapa sawit (3)
keluarga (3)
kisah yang menyayat hati (24)
klip youtube (23)
komunis (1)
Kosmo (4)
kucing (4)
kumai (30)
Medan (10)
Melaka (14)
melayu (4)
orang (1)
orang asli (15)
Pahang (1)
Palestin (2)
peneroka (11)
percutian (100)
peristiwa (49)
perlancong (1)
perlancongan (136)
pertanian (110)
petik (1)
petikan berita (227)
petikan berita. (6)
petikan berita.. (1)
politik (7)
PRU 13 (8)
sekolah (4)
selamat hari guru (8)
Stesen Mardi (16)
suka hati aku ... (28)
teh (5)
tema bulan ini (1)
Temerloh (1)
tempat menarik (138)
Tun Doktor Mahathir Mohamad (6)
 
 
 
Perakuan mrkumai.blogspot.com
mrkumai.blogspot.com adalah laman blog peribadi yang menyuarakan pendapat peribadi semata samada melalui perkongsian maklumat, pengalaman peribadi, catatan dan pandangan rakan-rakan dan tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana petikan daripada catatan blog ini digunakan kembali tanpa kebenaran yang akhirnya mendatangkan kemudaratan samada kerugian wang ringit ataupun maruah peribadi.Koleksi gambar adalah dari lensa kamera saya sendiri di bawah tag mrkumai.blogspot.com dan saya juga menggunakan gambar dari carian internet yang akan saya maklumkan sumbernya. Harap Maklum.
Klip pilihan mrkumai.blogspot.com
 
klip pilihan mrkumai.blogspot.com
 

Mr. Kumai @ Sham @ Kumai @ KG @ Jack. Templat Travel. Imej templat oleh konradlew. Dikuasakan oleh Blogger.