CORAT CORET SANG HATI...
Hati...mengapa dikau merasa sayu tatkala datangnya perasaan yang bernama cinta?. sukar untuk diungkapkan.. entah mengapa banyak lelaki yang sebelum ni aku pernah ketemu, hanya dia je yang telah menambat hati ku?.
Isnin, 26 Ogos 2019
Jumaat, 23 Ogos 2019
CORAT CORET SANG HATI..
Aku seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan...senang suka dan senang dibuang oleh orang lain.. Di hari pertama aku cuti. Pulang kekampung halaman belah mak(batam)bagi menyambut hari raya haji bersama keponakan atau disebut anak2 saudara disana. Mengenali saudara mara adalah satu normal bagi ku.
Pada mulanya, aku mendengar kabar dia mahu menikah dengan orang lain, aku tak merasakan apa2..sampaikan aku betul2 mengenalinya, aku rasa aku tak boleh tipu pada diri sendiri. seminggu aku bercuti, waktu ku diisi dengan pelbagai kerenah2 orang2 disana. Dia bersama sepupuku yang lain sudi membawa aku bersama yang lain keluar bersiar siar..
Genap seminggu disana, tiba masanya kami sekeluarga pulang ke malaysia. Hati rasa berat hendak tinggalkan kampung halaman. setibanya dimalaysia, aku rasa kehilangan. bukan kehilangan keluarga aku tapi, ada rasa kehilangan benda yang lain. Kakak dan adik aku beri nasihat kepada aku supaya jangan terlalu dekat dengan dia karna dia sudah memiliki orang lain. Tapi dalam masa yang sama, mama ada mencerita sejarah silam keluarganya. Dan dari situ, aku menjadi takut hendak mendekati keluarga disana termasuk dia.
Kami berhubung melalui whats app. aku meminta dia agar jangan chat dengan aku lagi. tapi dia tidak putus2 memujuk aku untuk menceritakan hal sebenarnya. dan akhirnya aku menceritakan segala galanya mengenai apa yang mama dengan adik beradik bilang. Lama2, aku mula menyayanginya ketat2. dia ada menceritakan hal 9 tahun yang lalu. dia pernah menyukai aku waktu dulu. tapi, disebabkan faktor keluarga, kami tidak sempat mengenali antara satu sama lain.
Ditahun 2019 sekali lagi kami dipertemukan. dia bakal berkahwin dengan gadis pilihan dia. tapi aku?.. aku cuba untuk melupakan dia tapi, tak semudah yang disangka. malah aku terlampau rapat dengan dia. Dalam masa yang sama, aku cuba mengalah walau terpaksa memendam rasa yang terlalu mendalam kerana, tak mungkin aku nak memusnahkan selama 4 tahun mereka menjalani hubungan?. Sejak itu, aku mengasingkan diri dengan keluarga sendiri. Bersuara bila perlu sahaja.
Bila aku dapat tau dia keluar makan bersama, dada aku terasa sesak. badan ku menggeletar menahan sakit yang teramat.Aku menangis tanpa henti. Dan waktu tu juga aku berfikir, seandainya kami dipertemukan waktu dulu, dan seandainya keluarga kami tidak berpecah belah, aku dan dia pasti bertahan sehingga kini. Dan disebabkan itu juga aku berfikir, aku tak patut menyusahkan dia membawa aku keluar bersiar-siar sepanjang hari disana.
Tapi, seandainya dia bernikah dengan gadis itu, aku doakan dia semoga bahagia bersama gadis itu dan aku berhasrat untuk pergi sejauh yang mungkin. pergi mencari ilham buat menyambung semula karya aku. Dan aku nak dia tau yang dia adalah lelaki terbaik yang aku pernah kenal sebelum ni. dia yang telah berjaya mewarnai hari2 aku waktu disana. tapi, aku terpaksa mengalah demi kebahgiaan dia bersama wanita itu...........
SEKIAN.....
24/8/19
02:02:00AM
Langgan:
Ulasan (Atom)
