Ahad, 26 September 2021

PROJECT 2020 -

 MY DEAR MISS PAPLOVA

MY DEAR MISS JURURAWAT

MENARA CINTA DI CAMERON HIGHLANDS


Isnin, 16 November 2020

PUISI: REZEKI

PUISI:  REZEKI..

    Dingin sungguh dipagi hari,
    Disapa udara yang sungguh indah,
    Assalammualaikum ucapan diberi,
    Pembuka bicara yang sangat indah...

                Ayam berkokok dipagi hari,
                Mengajak penduduk desa menyiapkan diri, 
                Pergi keluar mencari sesuap nasi,
                Moga rezeki kita diberkati.

    Anak Pak Kodi pulang dari pasar,
    Singgah sebentar di warung Mak Ani,
    Mengisar cili biar kasar,
    Asalkan kita pandai membawa diri.


                   Anak arnab berlari-lari,
                   bermain bekejaran sesama sendiri,
                    Tetapkan iman didada sebagai pelindung diri,
                   Moga kita semua selamat diakhirat nanti.

    Cantik sunggug kain sutera,
    Dihiasi kepelbagaian corak dan warna,
    Alangkah molek jika dijaga pertuturan bahasa,
    Kerana bahasa itu melambangkan bangsa..

                    Itik berlayar didasar tasik,
                    Singgah sebentar ditepi muara,
                    Ya! hidup kita mesti bangkit!,
                    Agar dapat membina generasi negara..

    Sekian sahaja hamba berbicara,
    Mengarang pantun sekadar mencuba,
    Jika hamba ada terkasar bahasa, 
    Harap diampuni segala kesalahan hamba.

                                                                                                                Yang Benar
                                                                                                                    Ain 

Ahad, 15 November 2020

5 EKONOMI ASAS 1 REUNION: HADIAH BUAT MANTAN GURUKU...

 5 EA 1 IN


            HADIAH BUAT MANTAN GURUKU

   

    Cuaca pada pagi ini sangat cerah. Ain seperti biasa sedang bersiap sedia untuk ketempat kerjanya. Rasanya sudah empat tahun berlalu dia meninggalkan alam persekolahan. Terasa empat tahun juga dia meninggalkan kenangan manisnya bersama rakan rakan sewaktu berada dikelas 5 EA 1.Sementara menunggu ketibaan transportnya itu, dia membelek - belek sebentar handfonnya itu. Sebaik sahaja dibukanya data internet, maka berjela-jela lah mesej yang diterima olehnya. Salah satunya mesej yang diterima adalah dari mantan kelasnya sendiri.

    Safurah: Assalammualaikum guys, korang apa khabar?.Wei..hari guru tak lama lagi akan menjelang tiba. Jom kita buat reunion.

    15minit kemudian ada yang membalas mesej daripada safurah.

    Zulina Farhana: wei, nak buat reunion macam mana?.Kita semua dah buat haluan masing - masing. Cikgu Azrini. pun dah takada kat JB. 

    Zaharah : walaikumsalam..Wei jom cari cikgu ..

    Rosalina: Nak cari cikgu kat mana?.Dia kan dah ikut suami dia.

    Anuar: Apa kata hari ahad ni kita kumpulkan satu kelas. Kita buat rombongan naik bas pergi cari cikgu Azrini kat KL nanti..

    Edzaffirul: Kau cakap cam senang je kan botak?.

    Akhirnya sampai jua transport kerja Ain dan dia tidak sempat untuk membalas kesemua mesej tersebut.

    Hari ahad telah pun tiba dan semuanya telah pun berkumpul walaupun ada setengah daripada mereka tidak dapat menyertai rombongan tersebut. Naylee mundar - mandir kekiri dan kekanan dan disaksikan oleh rakan baiknya iaitu ZAHARAH,AZIMAH,ROSALINA,FATIMAH,ARINA dan FAIQAH.

    "Kau ni dah kenapa Naylee.?" Sapa Azimah.

    "Ni..ni..Ain mana?. Mana dia?." 15 minit kemudian Ain pun tiba bersama Safurah di tempat assembly point dengan membawa beberapa barang yang dipesan oleh Naylee and the geng.

    "Wei...Kenapa korang lambat sangat?."

    "Sorylah, kite lambat bangun hari ni." Ujar Ain kepada Naylee.

    "Camner Ain?. Mak kau bagi pulak kau ikut pergi KL?." Soal Safurah pula. Ain lambat memberi respon kerana dia sengaja nak buat sedikit suspen.

    "Hermm...actually.." mereka semua terkulat- kulat seketika menantikan jawapan daripada Ain.

    "Mak kite bagilah."

    "Ha alah!..Kau ni, jangan buat suspen boleh tak?!. Jawablah terus terang. Kalau tak boleh ikut, tak usah ikut!. Duduk rumah je tolong mak kau kemas rumah ke, masak ke or cuci kain." Usik Syahir kepada Ain dan ia turut disokong oleh rakan satu kepalanya iaitu AFIFI.

    "Kau ni kalau tak usik aku tak boleh ke?." Sergah Ain.

     "Sudah lah!. Janganlah gaduh - gaduh!. Sekanrang ni tinggal Anuar dengan geng dia tu je. Tak nampak - nampak dari tadi." Ujar Zulina yang sedang meleraikan pergaduhan antara Ain dengan Syahir.

    20 minit kemudian, kedengaran bunyi ekzoz motor yang sengaja diderum-derum kuat dari arah jauh.Serentak ZAHARAH bersama FATIMAH menoleh kearah kirinya. Kelihatan Anuar bersama teman - temannya, iaitu ABBAS, dan HAFIZNIZZAL datang dengan menunggang motorbike jenama HONDA S.     

    "Assalammualaikum..Hello guys..muahhh..!.Sorry lambat."Sapa Annuar begitu juga dengan Abbas dan Hafiznizzal.

    "Walaikumsalam..Wei Annuar mana bas?!." Zaharah mula naik berang kerana mereka sudah lama menunggu disitu.

    "Tu.."Annuar menjuih mulutnya kearah simpang jalan dihadapan mereka. Datang sebuah bas persiaran menuju kearah mereka. Dan pemandu bas tersebut dibuka, alangkah terkejutnya mereka melihat bekas jiran sebelah kelasnya berada di tempat duduk pemandu tersebut. 

    "Aie.?" Sergah Fatimah.

    "Kau?." Tapi, aku tak tau nama kau." Sampuk ain pula. Maklumlah, dia persis seperti dua orang kakak kembarnya itu.  Tak payah cakap selebriti. Malah orang biasa pun kalau berjumpa mungkin kita tak mengenali mereka tapi mereka mengenali mereka. .Sampai hati kau tak kenal aku?. Aku Aie la.."Belum sempat dia menghabiskan ayatnya sudah dipotong oleh Azimah.

    "Sudahlah! kita dah lambat ni. Korang, lincah lah sikit!."Tanpa berlegar terlalu lama,Azimah terus masuk kedalam bas diikuti dengan ROSALINA,FAIQAH DAN ARINA.

    Akhir sekali, barulah Fatihi muncul dengan membawa sebuah hamper beserta sebuah kad ucapan untuk diberikan kepada  bekas guru tercintanya. Apabila semua sudah siap sedia didalam bas, sudah tiba masanya untuk mereka bertolak menuju ke destinasi mereka. 

    Sepanjang perjalanan, mereka semua sibuk membuat hal masing - masing.Naylee and the geng sedang sibuk membalut hadiah. Manakala yang lain - lain ada yang sedang berselfie di tepi tingkap. 2 jam kemudian, mereka menghadapi keksesakan lalu lintas di lebuh raya selatan. Disitu, kelihatan beberapa pegawai sedang menjalankan tugas mereka.

    "Wei, Aie!. Kau ada lesen kenderaan berat tak?." Sindir Faiqah.

    "Hermmm...sejujurnya aku memang tak ada." Jawab Aie kepada mereka semua yang ada didalam bas tersebut.

    "Kau biar betul Aie?!. Kau jangan main - main la!. Aku tak nak tinggal didalam penjara!." Ujar Arina dengan sedikit rasa cemas.

    "Rilex!...Rilexla..Aku ni dah ada pengalaman bawak kenderaan berat tanpa lesen. Aku boleh handle ok?. Tapi korang jangan ikut cara aku."

    Tiba sahaja giliran mereka, suasana didalam bas menjadi senyap. Mereka semua duduk dengan sopan dan tidak berganjak langsung daripafa tempat duduk mereka. Segalanya diuruskan oleh Aie sendiri. selesai sahaja berurusan dengan beberapa orang pegawai polis tersebut, Mereka kembali semula meneruskan perjalanan dan ketika itu mereka menghembuskan nafas lega kerna terlepas daripada  roadblock tersebut.

    "Hafiz, cuba kau call cikgu Azrini. Eh Fa.t, kau dah dapat ke belum alamat  rumah cikgu ?."Tegas Afifi kepada mereka berdua.

    "Eh yang kau nak  berlebih -  lebih  ni apa pasal pula?>." Sinir Fatihi dan kapada Afifi.

    "Kau ingat senang nak dapatkan panggilam daripada cikgu?." Omel Hafiz sambil telefon pintarnya dibelek dalam beberapa kali.

    "Rilexla korang. Kita dah nak sampai KL kan?. Hadiah pun dah siap prepared." Ujar Arina dengan nada yang sedikit sopan. Maklumlah, pernah digelar  gadis melayu terakhir sewaktu dibangku sekolah dahulu.

    "Korang nak cakap apa dengan cikgu nanti?."

    "Alah..kau tak payah risaulah Juliana..Kita cakap macam biasa je.."Ujar Fatimah kepada Juliana. 

    "Tak nak bagi ayat bunga - bunga ke?." Sampuk Zulina pula.

    "Whateverla korang yang penting kita dah bagi ucapan kat cikgu."Jawab Siti Aida dengan ringkas kerna dia tidak mahu terlalu banyak berbicara. Entah megapa, Aku pun tak tahulah..

    Setelah beberapa jam lamanya menempuh perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur, Akhirnya mereka tiba dengan selamatnya tepat jam 6 petang di hadapan Menara KLCC. Sebelum pergi mencara Cikgu Azrini, Mereka  mencari masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat asar dan diikuti juga dengan solat maghrib.

    Sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib, kedengaran bunyi rington hanfon milik Anuar berdering dengan kuat dan dia segera menjawab panggilan tersebut.

    "Assalammualaikum, Hello?. Baiklah." Anuar segera keluar dari masjid menuju ke bas untuk menunggu yang lain. Tidak lama kemudian, baru kelihatan jemaah perempuan keluar dari masjid. Dari jauh mereka ternampak Anuar yang sedang melambai - lambai tangannya dengan menunjukkan isyarat harus segera. Lantas Naylee dan yang lain segera berjalan menuju ke bas yang diparking oleh Aie dibawah pokok. Setelah menaiki bas, kelihatan Syahir dan yang lain sudah ada . Hanya menanti jemaah perempuan sahaja. 

    "Wei, korang dah lama sampai ke?." Sapa Maizurah.

    "Dalam 10 minit yang lepas. hanya menanti jemaah perempuan sahaja." Ujar Hafiz.

    "Ok geng!, Aie, kau dengar arahan aku. Dengan segera kita gerak ke Wisma  PWTC sekarang jugak!." Ujar Anuar kepada mereka semua.

    "Cikgu Azrini ke?. " Safurah dan zulina kelihatan excited sekali hendak berjumpa dengan Cikgu Azrini.

    "Eh, tak dela. Cikgu Ayu. Ho aloh!, memehla Cikgu Azrini!...ish..korang ni."Ujar Fatihi dengan nada yang sedikit tinggi.

    Tidak lama kemudian, mereka bertemu jua dengan bekas guru kelas kesayangan mereka iaitu Cikgu Azrini. Sebaik sahaja pintu gerbang dibuka, mereka semua terus keluar berlari mendapatkan guru kesayangan mereka itu. Tatkala itu, datangnya perasaan rindu dan hiba mula bercampur aduk. sorang demi sorang datang memeluk  Cikgu Azrini.

    "Cikgu, kitorang rindu dengan..."Ujar Zulina dalam keadaan menangis teresak - esak. Cikgu Azrini hanya tersenyum dan mengusap - usap kepala di setiap bekas anak muridnya itu.

    "Yang lain mana?. Tak ikut sekali ke?." Soal Cikgu Azrini.

    "Yang lain semua dah jauh dari sini cikgu. Tapi mereka da tinggalkan beberapa ucapan buat cikgu." Fatihi segera menghulurkan sekeping kad ucapan gergasi yang dipegangnya pagi tadi. Cikgu Azrini membuka kad ucapan tersebut dan membaca disetiap helaian isi kandungan didalamnya.

1.    Kepada Cikgu Azrini,

    Assalammualaikum...SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Cikgu adalah seorang insan yang saya tidak boleh lupakan .  - SYAMIL-

2.   "Assalammmualikum. SELAMAT HARI GURU. Saya rindu dengan Cikgu Azrini. Doakan saya semoga saya berjaya dalam ujian sem nanti. - MUHAYMIN-

3.    "Asslammualaikum cikgu, SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Semoga cikgu sentiasa sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t." - SYAZWAN-    

4.    "Assalammualaikum cikgu, saya Khairul  ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU.Semoga cikgu and keluarga sentiasa sihat selalu." - KHAIRUL-

5.    "Teacher, we wish ur HAPPY TEACHRS DAY. We're thank you for you to be the best teacher for us. We're apologize if we made a lot mistake during your class. But teacher, you need to believe us that we never forget your kindness. We wish you good luck on whatever you do teacher. Hope you happy with your new family." - TASHINI, KALAIYARSI & UVASERI-


    p/s:-

        Once again, we thank the teacher for being willing to survive with our greed all this time.. Apart from family and friends, we need a prayer from the teacher for us to take the next journey. Hope we can meet again in the future.

                                                                                                    your scencerely:

                                                                                         SYAMIL, MUHAYMIN, SYAWAN, KAIRUL, TASHINI, KALAIYARSI & UVASERI.

            
        Setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi. ternyata anak muridnya masih tidak lupa keatas dirinya walaupun masing - masing telah membawa haluan diri mereka. Sorang demi sorang menyerahkan hadiah kepada Cikgu Azrini. Pada hari itu, mereka terpaksa bermalam dirumah Cikgu Azrini kerana hari sudah lewat. Sebelum itu, mereka semua dibawa makan malam oleh Cikgu Azrini dan suaminya sebelum dibawa pulang kerumah. 

    "Cikgu tak sangka yang kamu nekad datang cari cikgu kat sini." Ujar cikgu Azrini.
    "Biasa sajalah cikgu. Oh ya!, saya sebagai wakil daripada diorang semua ni nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu. Jasa cikgu yang dah bertahun - tahun mengajar kami dengan pelbagai kerenah tidak dapat kami lupakan." Cikgu hanya mampu tersenyum sahaja melihat telatah bekas anak muridnya yang sorang ni. ternyata kelakuan mereka masih sama.
    Keeesokan paginya, mereka mula menyiapkan diri hendak pulang. Sebelum bertolak, mereka semua tatap muka cikgu Azrini seberapa lama yang mungkin. Cikgu Azrini hanya membiarkan sahaj mereka berbuat demikian.
    "Ingat pesan cikgu, jaga mak ayah kamu baik - baik. Belajar betul - betul dan taat perintah orang tua dan jangan lupa jaga solat sekali."Cikgu Azrini memberikan nasihat kepada mereka semua. Sebelum pulang , Naylee and the geng memeluk erat cikgu Azrini. Begitu juga Ain , Safura dan Zulina. Namun, setelah yang lain naik kedalam bas, Ain sempat menyerahkan sepucuk surat kepada Cikgu Azrini.Mereka  akhirnya bertolak meinggalkan perkarangan rumah cikgu Azrini.

    "Eh, Ain apa yang kau tulis dalam surat tu?" Soal Safurah.
    "Eh ..Adalah...It secret." Ujar Ain.


                                                         
                                                    THE END 


                       

        Kehadapan Cikgu Azrinj

    Assalammualaikum cikgu. First of all, saya ingin mengucapkan selamat hari guru. Saya minta maaf sekiranya ada tersalah silap sewaktu berada didalam kelas cikgu. Saya tahu bahawa saya bukan macam murid yang lain. Mungkin Saya tak berapa pandai didalam kelas. Tapi saya nak cikgu tahu, yang saya sayang Cikgu as mantan guru kelas saya. Saya seorang manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya doakan semoga cikgu sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta. dan tidak berhenti dari karier yang cikgu ceburi.

                                                                                                                         Yang Benar

                                                                                                                              AIN



Rabu, 4 November 2020

Sajak : PENGHUJUNGNYA..

 PENGHUJUNGNYA

Pagi yang cerah
Menemani hari-hari ku
Tatkala aku ceria 
Disamping menjalani kehidupan
 seharian ku

Menghitung hari demi hari
Detik demi detik
Melihat persekitaran
Sambil menantikan saat
Penantian yang entah kapan tiba

Terciptanya sebuah puisi ini
Sebagai luahan rasa 
Yang mengajar ku erti kehidupan
Dari awal hingga ke penghujungnya.

Isnin, 26 Ogos 2019

CORAT CORET SANG HATI...

            Hati...mengapa dikau merasa sayu tatkala datangnya perasaan yang bernama cinta?. sukar untuk diungkapkan.. entah mengapa banyak lelaki yang sebelum ni aku pernah ketemu, hanya dia je yang telah menambat hati ku?.

Jumaat, 23 Ogos 2019


CORAT CORET SANG HATI..

               Aku seorang manusia biasa yang punya hati dan perasaan...senang suka dan senang dibuang oleh orang lain.. Di hari pertama aku cuti. Pulang kekampung halaman belah mak(batam)bagi menyambut hari raya haji bersama keponakan atau disebut anak2 saudara disana.  Mengenali saudara mara adalah satu normal bagi ku.
  Sehingga satu hari, aku mendekati seseorang..dia sangat baik,peramah,lucu dan pandai pikat hati orang tua. Cuma, disebabkan ada sedikit masalah keluarga, mama dengan adik beradik yang lain tak bagi aku terlalu rapat sangat dengan keluarga disebelah sana...Memang susah bagi ku nak menjaga hati kedua dua belah pihak..Lagi2 bila aku mula menyukai seseorang yg berada dalam keluarga tu. Dengan perwatakannya, telah menambat hati ku.
              Pada mulanya, aku mendengar kabar dia mahu menikah dengan orang lain, aku tak merasakan apa2..sampaikan aku betul2 mengenalinya, aku rasa aku tak boleh tipu pada diri sendiri. seminggu aku bercuti, waktu ku diisi dengan pelbagai kerenah2 orang2 disana. Dia bersama sepupuku yang lain sudi membawa aku bersama yang lain keluar bersiar siar..
             Genap seminggu disana, tiba masanya kami sekeluarga pulang ke malaysia. Hati rasa berat hendak tinggalkan kampung halaman. setibanya dimalaysia, aku rasa kehilangan. bukan kehilangan keluarga aku tapi, ada rasa kehilangan benda yang lain. Kakak dan adik aku beri nasihat kepada aku supaya jangan terlalu dekat dengan dia karna dia sudah memiliki orang lain. Tapi dalam masa yang sama, mama ada mencerita sejarah silam keluarganya. Dan dari situ, aku menjadi takut hendak mendekati keluarga disana termasuk dia.
            Kami berhubung melalui whats app. aku meminta dia agar jangan chat dengan aku lagi. tapi dia tidak putus2 memujuk aku untuk menceritakan hal sebenarnya. dan akhirnya aku menceritakan segala galanya mengenai apa yang mama dengan adik beradik bilang. Lama2, aku mula menyayanginya ketat2. dia ada menceritakan  hal 9 tahun yang lalu. dia pernah menyukai aku waktu dulu. tapi, disebabkan faktor keluarga, kami tidak sempat mengenali antara satu sama lain.
            Ditahun 2019 sekali lagi kami dipertemukan. dia bakal berkahwin dengan gadis pilihan dia. tapi aku?.. aku cuba untuk melupakan dia tapi, tak semudah yang disangka. malah aku terlampau rapat dengan dia. Dalam masa yang sama, aku cuba mengalah walau terpaksa memendam rasa yang terlalu mendalam kerana, tak mungkin aku nak memusnahkan selama 4 tahun mereka menjalani hubungan?. Sejak itu, aku mengasingkan diri dengan keluarga sendiri. Bersuara bila perlu sahaja.
            Bila aku dapat tau dia keluar makan bersama, dada aku terasa sesak. badan ku menggeletar menahan sakit yang teramat.Aku menangis tanpa henti.  Dan waktu tu juga aku berfikir, seandainya kami dipertemukan waktu dulu, dan seandainya keluarga kami tidak berpecah belah, aku dan dia pasti bertahan sehingga kini.  Dan disebabkan itu juga aku berfikir, aku tak patut menyusahkan  dia membawa aku keluar bersiar-siar sepanjang hari disana.
            Tapi, seandainya dia bernikah dengan gadis itu, aku doakan dia semoga bahagia bersama gadis itu dan aku berhasrat untuk pergi sejauh yang mungkin. pergi mencari ilham buat menyambung semula karya aku. Dan aku nak dia tau yang dia adalah lelaki terbaik yang aku pernah kenal sebelum ni. dia yang telah berjaya mewarnai hari2 aku waktu disana. tapi, aku terpaksa mengalah demi kebahgiaan dia bersama wanita itu...........


                                     SEKIAN.....                                               
                                                                                                                               24/8/19
                                                                                                                              02:02:00AM








Jumaat, 9 Jun 2017

kisah kita

TAJUK: Kisah  kita
KARYA: Siti  Nurain

            Matahari  terbit  menyinari  bumi  dan tiba  masanya  untuk  kesemua  makhluk  dibumi  ini  bangkit  daripada  lena  mereka. Seperti  biasa,  sesudah  sahaja  terjaga  dari  lena  yang  berpanjangan  bermulalah  tugasan  harian  seperti  mengemas,  memasak  dan  sebagainya.  Akan  tetapi  buat  diriku, hari  ini  seperti  hari  hari  yang  sebelumnya. Ini  adalah  potret  keluarga  aku.   Kami  hidup  dalam  keadaan  sederhana  dan  tidak  lari  kasih  sayang  dari  dalam  sesebuah   keluarga. Akan  tetapi,  kebahagiaan  kami  cuma  seketika.  Mereka  telah  dijemput  ilahi  dua  tahun  yang  lalu.
            Kemalangan  tersebut  telah  memberi  impak  yang   besar  keatas  diri  aku. Jikalau  aku  tidak  membantah  undang  undang pihak  berkuasa,  kejadian  yang  meragut  3 nyawa  pasti  tidak  akan  berlaku. Setelah  aku  terjaga  daripada  koma, aku  ditahan  oleh  pihak  polis  untuk  disoal  siasat  dan  aku  didapati  bersalah  dengan  kejadian  tersebut. Bukan  sahaja  kereta  ditarik  malah  lessen  memandu  aku  turut  digantung. Hampir  setahun  aku  tinggal  didalam  lokap  dan  terasa  diriku  sudah  tiada  hala  tuju.
            Akibatnya,  dalam  masa  setahun  jugak  aku  dilanda  spesis  penyakit  yang  dinamakan  kemurungan   dan  hampir  juga  dimasukkan  kedalam  hospital  bahagia. Namun, dalam  masa  setahun  juga  aku  telah  bertemu  dengan  seseorang  yang  sangat  pakar.  Beliau  merupakannseorang  doctor  dan  beliau  jugalah  telah   banyak  membantu  aku.
            “Macam  mana  dengan  keadaan  kamu  sekarang ini,  cik  Azie?. Dan  anda  dapat  rasakan  tak  impak   positif  yang  mengalir  dalam  diri  awak?”
            “Alhamdulillah  doktor. Saya  rasa  ringan  sekarang  ini.”
            “By  the  way, mungkin  hari  ini  awak   telah  pulih  seperti  biasa  but  it  doesn’t  mean  you  have  to  quite  from  do triple check  up again.”  Dan  sejak  dari  hari itu  kami  sering  berjumpa  tak  kira  diluar  mahupun  didalam  makmal.
            Hari  ini  sekali  lagi  aku  bertemu  dengan ‘DOKTOR’   tersebut.  Sekali  lagi  kami  berdua  bertemu. Kadang  kala  aku  ada  juga  terfikir  mengapalah  doctor  ini  caring  sangat  dekat   aku?.  Padahal   kami  berdua  tiada  hububgan  istimewa melainkan  sebagai  pesakit  dan  juga  sebagai  doktor.  Bila  ditanya,  ada  sahaja  jawapan    daripadanya.
            “Salah  ke  saya  nak  berjumpa  dengan  pesakit  saya  sendiri?.”
            “Oh  silap  ya  doktor, Bekas  pesakit.”
            “Whatever..but..tak  salah  kan?.”
            “Ianya  memang  tidak salah   but  nampak  pelik.”
            “Pelik  bagaimana tu?”
            “Semua  pelik.  Cara  doktor  layan  saya  dan  macam  macam  lagilah.”
            “Macam  inilah  saya  layan  disetiap  pesakit  saya.”
            “ Saya    bekas  pesakit  ok?!.”  Doktor  tersebut  hanya  tersenyum  sahaja.  Oh !  buy  the  way,  I’m  just  call him ‘DOKTOR’  because  aku  sendiri  tak  tahu nama  dia  sepanjang ddia  merawat  aku.
            “Azie,  boleh  tak  saya  mahu  minta  tolong  sesuatu  dekat   awak?.
            “What  isn’t?.”
            “Please   don’t  call  me  a doctor
            “Then  what  should  I  call you”
            “Just  call  adib.
            And   actually I  want  you  to  know  something.  Sebenarnya  saya  sudah  lama  perhatikan  awak.”  Aku  tersedak  seketika  mendengar  dia  berkata  begitu.  Doktor  adib  telah  meluahkan  segala  isi  hatinya  yang  bertahun  tahun  terbuku  kepada  aku.
            Tidak  aku  sangka  bahawa  selama  ini  seseorang  yang  mengambil  berat  mengenai  diri  aku  ada  menyimpan  perasaan  terhadap  aku.  Patutla  layanan  Doktor  Adib  semakin   hari  semakin  ada  yang  tidak  kena.  Doktor  menceritakan  segala  galanya  kepada  aku.  Beliau  mula  mengenali  keluarga  aku  sejak  dibangku  sekolah  menengah  dan  juga  merupakan  sahabat  karib  kepada  aku. Dan  yang   peliknya,  Mengapa  aku  langsung  tidak  tahu  apa  apa  mengenai  perkara  ini?.

            Kami  berdua  memutuskan  untuk  berkawan  dahulu  bagi  mengenali  sesama  sendiri   dengan  lebih  dekat  lagi.  Dan  akhirnya  hubungan kami  bertahan sehingga  ke  jinjang  pelamin.  Dan  disitu  bermulalah  cerita  kami  dalam  menjalani  kehidupan  sebagai  sepasang  suami  dan  isteri  yang  sah…