Dingin sungguh dipagi hari,
Disapa udara yang sungguh indah,
Assalammualaikum ucapan diberi,
Pembuka bicara yang sangat indah...
Ayam berkokok dipagi hari,
Mengajak penduduk desa menyiapkan diri,
Pergi keluar mencari sesuap nasi,
Moga rezeki kita diberkati.
Anak Pak Kodi pulang dari pasar,
Singgah sebentar di warung Mak Ani,
Mengisar cili biar kasar,
Asalkan kita pandai membawa diri.
Anak arnab berlari-lari,
bermain bekejaran sesama sendiri,
Tetapkan iman didada sebagai pelindung diri,
Moga kita semua selamat diakhirat nanti.
Cantik sunggug kain sutera,
Dihiasi kepelbagaian corak dan warna,
Alangkah molek jika dijaga pertuturan bahasa,
Kerana bahasa itu melambangkan bangsa..
Itik berlayar didasar tasik,
Singgah sebentar ditepi muara,
Ya! hidup kita mesti bangkit!,
Agar dapat membina generasi negara..
Sekian sahaja hamba berbicara,
Mengarang pantun sekadar mencuba,
Jika hamba ada terkasar bahasa,
Harap diampuni segala kesalahan hamba.
Yang Benar
Ain
Tiada ulasan:
Catat Ulasan