Isnin, 16 November 2020

PUISI: REZEKI

PUISI:  REZEKI..

    Dingin sungguh dipagi hari,
    Disapa udara yang sungguh indah,
    Assalammualaikum ucapan diberi,
    Pembuka bicara yang sangat indah...

                Ayam berkokok dipagi hari,
                Mengajak penduduk desa menyiapkan diri, 
                Pergi keluar mencari sesuap nasi,
                Moga rezeki kita diberkati.

    Anak Pak Kodi pulang dari pasar,
    Singgah sebentar di warung Mak Ani,
    Mengisar cili biar kasar,
    Asalkan kita pandai membawa diri.


                   Anak arnab berlari-lari,
                   bermain bekejaran sesama sendiri,
                    Tetapkan iman didada sebagai pelindung diri,
                   Moga kita semua selamat diakhirat nanti.

    Cantik sunggug kain sutera,
    Dihiasi kepelbagaian corak dan warna,
    Alangkah molek jika dijaga pertuturan bahasa,
    Kerana bahasa itu melambangkan bangsa..

                    Itik berlayar didasar tasik,
                    Singgah sebentar ditepi muara,
                    Ya! hidup kita mesti bangkit!,
                    Agar dapat membina generasi negara..

    Sekian sahaja hamba berbicara,
    Mengarang pantun sekadar mencuba,
    Jika hamba ada terkasar bahasa, 
    Harap diampuni segala kesalahan hamba.

                                                                                                                Yang Benar
                                                                                                                    Ain 

Ahad, 15 November 2020

5 EKONOMI ASAS 1 REUNION: HADIAH BUAT MANTAN GURUKU...

 5 EA 1 IN


            HADIAH BUAT MANTAN GURUKU

   

    Cuaca pada pagi ini sangat cerah. Ain seperti biasa sedang bersiap sedia untuk ketempat kerjanya. Rasanya sudah empat tahun berlalu dia meninggalkan alam persekolahan. Terasa empat tahun juga dia meninggalkan kenangan manisnya bersama rakan rakan sewaktu berada dikelas 5 EA 1.Sementara menunggu ketibaan transportnya itu, dia membelek - belek sebentar handfonnya itu. Sebaik sahaja dibukanya data internet, maka berjela-jela lah mesej yang diterima olehnya. Salah satunya mesej yang diterima adalah dari mantan kelasnya sendiri.

    Safurah: Assalammualaikum guys, korang apa khabar?.Wei..hari guru tak lama lagi akan menjelang tiba. Jom kita buat reunion.

    15minit kemudian ada yang membalas mesej daripada safurah.

    Zulina Farhana: wei, nak buat reunion macam mana?.Kita semua dah buat haluan masing - masing. Cikgu Azrini. pun dah takada kat JB. 

    Zaharah : walaikumsalam..Wei jom cari cikgu ..

    Rosalina: Nak cari cikgu kat mana?.Dia kan dah ikut suami dia.

    Anuar: Apa kata hari ahad ni kita kumpulkan satu kelas. Kita buat rombongan naik bas pergi cari cikgu Azrini kat KL nanti..

    Edzaffirul: Kau cakap cam senang je kan botak?.

    Akhirnya sampai jua transport kerja Ain dan dia tidak sempat untuk membalas kesemua mesej tersebut.

    Hari ahad telah pun tiba dan semuanya telah pun berkumpul walaupun ada setengah daripada mereka tidak dapat menyertai rombongan tersebut. Naylee mundar - mandir kekiri dan kekanan dan disaksikan oleh rakan baiknya iaitu ZAHARAH,AZIMAH,ROSALINA,FATIMAH,ARINA dan FAIQAH.

    "Kau ni dah kenapa Naylee.?" Sapa Azimah.

    "Ni..ni..Ain mana?. Mana dia?." 15 minit kemudian Ain pun tiba bersama Safurah di tempat assembly point dengan membawa beberapa barang yang dipesan oleh Naylee and the geng.

    "Wei...Kenapa korang lambat sangat?."

    "Sorylah, kite lambat bangun hari ni." Ujar Ain kepada Naylee.

    "Camner Ain?. Mak kau bagi pulak kau ikut pergi KL?." Soal Safurah pula. Ain lambat memberi respon kerana dia sengaja nak buat sedikit suspen.

    "Hermm...actually.." mereka semua terkulat- kulat seketika menantikan jawapan daripada Ain.

    "Mak kite bagilah."

    "Ha alah!..Kau ni, jangan buat suspen boleh tak?!. Jawablah terus terang. Kalau tak boleh ikut, tak usah ikut!. Duduk rumah je tolong mak kau kemas rumah ke, masak ke or cuci kain." Usik Syahir kepada Ain dan ia turut disokong oleh rakan satu kepalanya iaitu AFIFI.

    "Kau ni kalau tak usik aku tak boleh ke?." Sergah Ain.

     "Sudah lah!. Janganlah gaduh - gaduh!. Sekanrang ni tinggal Anuar dengan geng dia tu je. Tak nampak - nampak dari tadi." Ujar Zulina yang sedang meleraikan pergaduhan antara Ain dengan Syahir.

    20 minit kemudian, kedengaran bunyi ekzoz motor yang sengaja diderum-derum kuat dari arah jauh.Serentak ZAHARAH bersama FATIMAH menoleh kearah kirinya. Kelihatan Anuar bersama teman - temannya, iaitu ABBAS, dan HAFIZNIZZAL datang dengan menunggang motorbike jenama HONDA S.     

    "Assalammualaikum..Hello guys..muahhh..!.Sorry lambat."Sapa Annuar begitu juga dengan Abbas dan Hafiznizzal.

    "Walaikumsalam..Wei Annuar mana bas?!." Zaharah mula naik berang kerana mereka sudah lama menunggu disitu.

    "Tu.."Annuar menjuih mulutnya kearah simpang jalan dihadapan mereka. Datang sebuah bas persiaran menuju kearah mereka. Dan pemandu bas tersebut dibuka, alangkah terkejutnya mereka melihat bekas jiran sebelah kelasnya berada di tempat duduk pemandu tersebut. 

    "Aie.?" Sergah Fatimah.

    "Kau?." Tapi, aku tak tau nama kau." Sampuk ain pula. Maklumlah, dia persis seperti dua orang kakak kembarnya itu.  Tak payah cakap selebriti. Malah orang biasa pun kalau berjumpa mungkin kita tak mengenali mereka tapi mereka mengenali mereka. .Sampai hati kau tak kenal aku?. Aku Aie la.."Belum sempat dia menghabiskan ayatnya sudah dipotong oleh Azimah.

    "Sudahlah! kita dah lambat ni. Korang, lincah lah sikit!."Tanpa berlegar terlalu lama,Azimah terus masuk kedalam bas diikuti dengan ROSALINA,FAIQAH DAN ARINA.

    Akhir sekali, barulah Fatihi muncul dengan membawa sebuah hamper beserta sebuah kad ucapan untuk diberikan kepada  bekas guru tercintanya. Apabila semua sudah siap sedia didalam bas, sudah tiba masanya untuk mereka bertolak menuju ke destinasi mereka. 

    Sepanjang perjalanan, mereka semua sibuk membuat hal masing - masing.Naylee and the geng sedang sibuk membalut hadiah. Manakala yang lain - lain ada yang sedang berselfie di tepi tingkap. 2 jam kemudian, mereka menghadapi keksesakan lalu lintas di lebuh raya selatan. Disitu, kelihatan beberapa pegawai sedang menjalankan tugas mereka.

    "Wei, Aie!. Kau ada lesen kenderaan berat tak?." Sindir Faiqah.

    "Hermmm...sejujurnya aku memang tak ada." Jawab Aie kepada mereka semua yang ada didalam bas tersebut.

    "Kau biar betul Aie?!. Kau jangan main - main la!. Aku tak nak tinggal didalam penjara!." Ujar Arina dengan sedikit rasa cemas.

    "Rilex!...Rilexla..Aku ni dah ada pengalaman bawak kenderaan berat tanpa lesen. Aku boleh handle ok?. Tapi korang jangan ikut cara aku."

    Tiba sahaja giliran mereka, suasana didalam bas menjadi senyap. Mereka semua duduk dengan sopan dan tidak berganjak langsung daripafa tempat duduk mereka. Segalanya diuruskan oleh Aie sendiri. selesai sahaja berurusan dengan beberapa orang pegawai polis tersebut, Mereka kembali semula meneruskan perjalanan dan ketika itu mereka menghembuskan nafas lega kerna terlepas daripada  roadblock tersebut.

    "Hafiz, cuba kau call cikgu Azrini. Eh Fa.t, kau dah dapat ke belum alamat  rumah cikgu ?."Tegas Afifi kepada mereka berdua.

    "Eh yang kau nak  berlebih -  lebih  ni apa pasal pula?>." Sinir Fatihi dan kapada Afifi.

    "Kau ingat senang nak dapatkan panggilam daripada cikgu?." Omel Hafiz sambil telefon pintarnya dibelek dalam beberapa kali.

    "Rilexla korang. Kita dah nak sampai KL kan?. Hadiah pun dah siap prepared." Ujar Arina dengan nada yang sedikit sopan. Maklumlah, pernah digelar  gadis melayu terakhir sewaktu dibangku sekolah dahulu.

    "Korang nak cakap apa dengan cikgu nanti?."

    "Alah..kau tak payah risaulah Juliana..Kita cakap macam biasa je.."Ujar Fatimah kepada Juliana. 

    "Tak nak bagi ayat bunga - bunga ke?." Sampuk Zulina pula.

    "Whateverla korang yang penting kita dah bagi ucapan kat cikgu."Jawab Siti Aida dengan ringkas kerna dia tidak mahu terlalu banyak berbicara. Entah megapa, Aku pun tak tahulah..

    Setelah beberapa jam lamanya menempuh perjalanan dari Johor ke Kuala Lumpur, Akhirnya mereka tiba dengan selamatnya tepat jam 6 petang di hadapan Menara KLCC. Sebelum pergi mencara Cikgu Azrini, Mereka  mencari masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat asar dan diikuti juga dengan solat maghrib.

    Sebaik sahaja selesai menunaikan solat maghrib, kedengaran bunyi rington hanfon milik Anuar berdering dengan kuat dan dia segera menjawab panggilan tersebut.

    "Assalammualaikum, Hello?. Baiklah." Anuar segera keluar dari masjid menuju ke bas untuk menunggu yang lain. Tidak lama kemudian, baru kelihatan jemaah perempuan keluar dari masjid. Dari jauh mereka ternampak Anuar yang sedang melambai - lambai tangannya dengan menunjukkan isyarat harus segera. Lantas Naylee dan yang lain segera berjalan menuju ke bas yang diparking oleh Aie dibawah pokok. Setelah menaiki bas, kelihatan Syahir dan yang lain sudah ada . Hanya menanti jemaah perempuan sahaja. 

    "Wei, korang dah lama sampai ke?." Sapa Maizurah.

    "Dalam 10 minit yang lepas. hanya menanti jemaah perempuan sahaja." Ujar Hafiz.

    "Ok geng!, Aie, kau dengar arahan aku. Dengan segera kita gerak ke Wisma  PWTC sekarang jugak!." Ujar Anuar kepada mereka semua.

    "Cikgu Azrini ke?. " Safurah dan zulina kelihatan excited sekali hendak berjumpa dengan Cikgu Azrini.

    "Eh, tak dela. Cikgu Ayu. Ho aloh!, memehla Cikgu Azrini!...ish..korang ni."Ujar Fatihi dengan nada yang sedikit tinggi.

    Tidak lama kemudian, mereka bertemu jua dengan bekas guru kelas kesayangan mereka iaitu Cikgu Azrini. Sebaik sahaja pintu gerbang dibuka, mereka semua terus keluar berlari mendapatkan guru kesayangan mereka itu. Tatkala itu, datangnya perasaan rindu dan hiba mula bercampur aduk. sorang demi sorang datang memeluk  Cikgu Azrini.

    "Cikgu, kitorang rindu dengan..."Ujar Zulina dalam keadaan menangis teresak - esak. Cikgu Azrini hanya tersenyum dan mengusap - usap kepala di setiap bekas anak muridnya itu.

    "Yang lain mana?. Tak ikut sekali ke?." Soal Cikgu Azrini.

    "Yang lain semua dah jauh dari sini cikgu. Tapi mereka da tinggalkan beberapa ucapan buat cikgu." Fatihi segera menghulurkan sekeping kad ucapan gergasi yang dipegangnya pagi tadi. Cikgu Azrini membuka kad ucapan tersebut dan membaca disetiap helaian isi kandungan didalamnya.

1.    Kepada Cikgu Azrini,

    Assalammualaikum...SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Cikgu adalah seorang insan yang saya tidak boleh lupakan .  - SYAMIL-

2.   "Assalammmualikum. SELAMAT HARI GURU. Saya rindu dengan Cikgu Azrini. Doakan saya semoga saya berjaya dalam ujian sem nanti. - MUHAYMIN-

3.    "Asslammualaikum cikgu, SELAMAT HARI GURU saya ucapkan. Semoga cikgu sentiasa sihat selalu dan sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t." - SYAZWAN-    

4.    "Assalammualaikum cikgu, saya Khairul  ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU.Semoga cikgu and keluarga sentiasa sihat selalu." - KHAIRUL-

5.    "Teacher, we wish ur HAPPY TEACHRS DAY. We're thank you for you to be the best teacher for us. We're apologize if we made a lot mistake during your class. But teacher, you need to believe us that we never forget your kindness. We wish you good luck on whatever you do teacher. Hope you happy with your new family." - TASHINI, KALAIYARSI & UVASERI-


    p/s:-

        Once again, we thank the teacher for being willing to survive with our greed all this time.. Apart from family and friends, we need a prayer from the teacher for us to take the next journey. Hope we can meet again in the future.

                                                                                                    your scencerely:

                                                                                         SYAMIL, MUHAYMIN, SYAWAN, KAIRUL, TASHINI, KALAIYARSI & UVASERI.

            
        Setitik demi setitik air matanya jatuh membasahi pipi. ternyata anak muridnya masih tidak lupa keatas dirinya walaupun masing - masing telah membawa haluan diri mereka. Sorang demi sorang menyerahkan hadiah kepada Cikgu Azrini. Pada hari itu, mereka terpaksa bermalam dirumah Cikgu Azrini kerana hari sudah lewat. Sebelum itu, mereka semua dibawa makan malam oleh Cikgu Azrini dan suaminya sebelum dibawa pulang kerumah. 

    "Cikgu tak sangka yang kamu nekad datang cari cikgu kat sini." Ujar cikgu Azrini.
    "Biasa sajalah cikgu. Oh ya!, saya sebagai wakil daripada diorang semua ni nak ucapkan selamat hari guru kepada cikgu. Jasa cikgu yang dah bertahun - tahun mengajar kami dengan pelbagai kerenah tidak dapat kami lupakan." Cikgu hanya mampu tersenyum sahaja melihat telatah bekas anak muridnya yang sorang ni. ternyata kelakuan mereka masih sama.
    Keeesokan paginya, mereka mula menyiapkan diri hendak pulang. Sebelum bertolak, mereka semua tatap muka cikgu Azrini seberapa lama yang mungkin. Cikgu Azrini hanya membiarkan sahaj mereka berbuat demikian.
    "Ingat pesan cikgu, jaga mak ayah kamu baik - baik. Belajar betul - betul dan taat perintah orang tua dan jangan lupa jaga solat sekali."Cikgu Azrini memberikan nasihat kepada mereka semua. Sebelum pulang , Naylee and the geng memeluk erat cikgu Azrini. Begitu juga Ain , Safura dan Zulina. Namun, setelah yang lain naik kedalam bas, Ain sempat menyerahkan sepucuk surat kepada Cikgu Azrini.Mereka  akhirnya bertolak meinggalkan perkarangan rumah cikgu Azrini.

    "Eh, Ain apa yang kau tulis dalam surat tu?" Soal Safurah.
    "Eh ..Adalah...It secret." Ujar Ain.


                                                         
                                                    THE END 


                       

        Kehadapan Cikgu Azrinj

    Assalammualaikum cikgu. First of all, saya ingin mengucapkan selamat hari guru. Saya minta maaf sekiranya ada tersalah silap sewaktu berada didalam kelas cikgu. Saya tahu bahawa saya bukan macam murid yang lain. Mungkin Saya tak berapa pandai didalam kelas. Tapi saya nak cikgu tahu, yang saya sayang Cikgu as mantan guru kelas saya. Saya seorang manusia biasa yang tak lari dari kesilapan. Saya doakan semoga cikgu sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta. dan tidak berhenti dari karier yang cikgu ceburi.

                                                                                                                         Yang Benar

                                                                                                                              AIN



Rabu, 4 November 2020

Sajak : PENGHUJUNGNYA..

 PENGHUJUNGNYA

Pagi yang cerah
Menemani hari-hari ku
Tatkala aku ceria 
Disamping menjalani kehidupan
 seharian ku

Menghitung hari demi hari
Detik demi detik
Melihat persekitaran
Sambil menantikan saat
Penantian yang entah kapan tiba

Terciptanya sebuah puisi ini
Sebagai luahan rasa 
Yang mengajar ku erti kehidupan
Dari awal hingga ke penghujungnya.